"Halinis Food" Zoo Melaka Projek Selesai.

"Halinis Food" Zoo Melaka Projek Selesai.

Zoo Melaka

Hari ini selesai sudah projek Zoo Melaka Halinis Food. Penghantaran barangan dilakukan pada hari ini dan pihak Zoo Melaka berpuas hati dengan produk kami .
Malahan kami juga memberi perkhidmatan lepas jualan dengan menyediakan sticker tambahan dan sample kuih tambahan. Ini bertujuan, ada juga yang lusuh jika dipegang berkali- kali dan ada juga packing yang rosak jika jatuh atau kesilapan semasa seal packing .

Sepanjang projek ini aku memperolehi pelbagai pengalaman yang berguna.
Pertama ialah kadar masa pembuatan lidah buaya dalam masa 3 minggu harus siap 6000 paket. Tukang masak lidah buaya aku tengok lidah pun dah terjelur tiap-tiap hari membuat lidah buaya ini..hehehehe. Namun kami berjaya juga siapkan pada saat-saat terakhir iaitu pada 1/8/2011.





Kedua ialah packing material. Kesilapan pertama aku ialah order packing material yang kurang. Jika packing material memerlukan 6000pcs, janganlah order 6100pcs. Pada minggu lepas kami mengalami kekurangan packing material disebabkan packing yang tidak kemas. Lain kali setiap packing material harus dinaikkan 5%. Sebagai safety.
Huh!! lebih kurang 8 kedai aku dan kawan aku mencari packing material tersebut. Akhirnya ada juga jual tapi harga mahal sikit. Apa nak buat nak pakai, amik juga.

Ketiga, masalah packing yang tidak kemas. Ini merupakan satu cabaran yang agak kuat kepada kami. Seal machine supplier aku telah mencacatkan produk aku. Apa lagi aku komplen dan mereka beli seal baru, masalah selesai.
Masalah lain ialah packer yang seal bertukar-tukar orang juga memberi impak kepada standard packing aku. Tapi tak besar sangat masalah ini, aku pun paham kalau 1 orang nak seal 6000pcs kuih,
Keempat, ialah kotak untuk menyimpan produk lidah buaya yang telah disiap. Ini harus diambil kira kerana kesesuaian kotak amat penting. Takkan kau nak hantau produk kau dalam kotak yang pelabagai saiz, buat malu ajer. Aku nasib baik jumpa 2 jenis kotak yang mempunyai saiz yang sama. Kotak yang aku guna adalah kotak kitar semula. Kalau nak order..iskkk..kopak modal aku.


Kelima ialah menampal sticker yang kepada produk yang telah siap. Ini  pun satu masalah juga. Bukan apa, nak kena tampal 6000pcs sticker kat produk mahu jenuh juga. Hari Jumaat dan Sabtu aku tidur pukul 5.00am untuk siapkan kerja mingguan aku ni. Belum kira , sticker yang tak melekat sebab minyak kat plastik tu. Kena lap dengan kain dulu.Tapi kami berjaya juga siapkan.

Selama 2 minggu terakhir ini ( untuk aku hari Sabtu dan Ahad) merupakan hari struggle untuk Halinis Food team. Penat memang penat tapi pengalaman projek ini amat berguna kepada aku.
Yang penting delivery berjaya dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dan kualiti aku amat berpuas hati kerana aku secra peribadi check satu-satu 6000pcs lidah buaya itu sambil menampal sticker...huhuhu.
Terima kasih kepada semua yang membantu samada secara langsung dan tidak langsung.
Diharap pada masa akan datang kami akan memperolehi projek yang lebih banyak.
 Selepas ini ..NEW PROJEK  - PROJEK KUIH RAMADHAN..

Catat Ulasan

0 Ulasan