Puasa Dan Hari Kemerdekaan

Puasa Dan Hari Kemerdekaan

Tahun ini Bulan Puasa bertindih dengan Hari Kemerdekaan.
Maksudnya Hari Kemerdekaan adalah sama dengan Hari Raya Aidilfitri...
Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa pada tahun ini Hari Kemerdekaan akan disambut pada 16Sept - Hari Malaysia.

Tapi sebagai rakyat Malaysia kita harus menyambut Hari Kemerdekaan kita 31/8 ini. Ini adalah satu perjuangan yang harus disambut samada secara kecil atau besar. Aku awal-awal dah beritahu ibu aku, tradisi mengantung bendera Malaysia harus diteruskan samada ia berlaku pada bulan puasa atau Hari Raya Aidilfitri.
Ini adalah satu tanda kita menghargai negara merdeka.

Betapa susahnya orang terdahulu untuk mencapai kemerdekaan. Perjalanan negara ini begitu panjang sekali ...bermula dari penaklukan Portugis, Belanda, English..dan kemudian penubuhan negeri selat, dan juga negeri-negeri tidak bersekutu dan bersekutu. Penjajahan Jepun dan kemudian Bintang Tiga ( komunis) dan paling dahsyat pembatalan kuasa raja melalui Malayan Union hingga kita berjuang kepada kemerdekaan.Setelah merdeka, kita hadapi ancaman komunis dan juga ujian perpaduan kaum melalui Peristiwa 13 Mei hinggalah komunis telah tiada dan sekarang  yang bercelaru adalah politik kaum yang tinggal. Malas nak komen!!!
Sempena bulan bulan puasa ini kita berdoa agar negara kita ini dilimpahi rezeki dan keamanan yang berpanjangan.
Dan berharap kecelaruan politik ketika ini beransur pulih...
Selamat Berpuasa Dan Selamat Merdeka!!!!!!!!!!!!!

Catat Ulasan

2 Ulasan

syafiqa berkata…
oh,mcm nak p celeb lah merdeka thn
ni.huhu

16 sept tu jadi nama malaysia.
sabah sarawak gabung dgn
tanah melayu.

31 ogos tu memang isytihar merdeka suda.
THE AUTHOR berkata…
tak celebrate pun tak per...janji kita ingat pada 31/8 hari merdeka negara ni...betul tak