Puasa dan kesabaran

Puasa dan kesabaran


Hari ni genap 14 hari kita berpuasa. Salah satu cabaran berpuasa ialah kesabaran. Dalam erti untuk aku ialah mengawal emosi marah. Dan dalam bulan puasa ni aku mencabar diri aku tidak mahu memarahi leader2 aku
ditempat kerja. Dan hasilnya aku berjaya setakat ini.!!

Namun berapa lama ia akan bertahan.? Persoalan yang asyik bermain di dalam minda ini. Pelakuan aku ni sudah menjadi sebati dalam jiwa ini. bukan setahun tapi berbelas tahun. Cara kerja sebegini adalah satu budaya dalam bidang pekerjaan aku. Tapi manusia boleh berubah dan untuk berubah adalah proses yang panjang. Dan cabaran ini amat terlalu menyeksakan. Hanya orang yang melalui perubahan ini memahaminya.

Dan melalui perubahan ini aku juga melihat leader2 aku juga semakin baik dalam pekerjaan mereka tapi sebagai management sudah tentu ada sahaja yang kurang. Dan aku adalah sebahagian management tersebut. Tapi aku percaya. pintu improvement pasti akan terbuka sedikit demi sedikit untuk mereka. Yang aku mampu buat ialah sabar.

Pehh.!! ayat yg mudah disebut tapi sukar dibuat. Mereka cuma perlu kekalkan standard kerja dan paling penting 5S dan part drop yg merata2..hehehe. Kesimpulannya aku bangga menahan sabar untuk marah leader2 aku. Cabaran ini hanya untuk leader aku bukan untuk staff. Issk., kan aku kata.. perubahan amat sukar bukan sekelip mata boleh berubah.

At least aku aku dapat tegur@ marah staff ok ler...hahaha. Tinggal 16 hari kesabaran ini harus dikekal dan harapan ia kekal selamanya. Hopefully....

Catat Ulasan

4 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
betul2..sabar itu penting.:)
Soul Seeker berkata…
perasan tak, masa bulan puasa ni banyak dugaan yg menguji kesabaran kan? ^_^
THE AUTHOR berkata…
Perasan...dalmbualn puasa ini betul2 menguji kesabaran..
nabilah_2908 berkata…
hmm..bagus la mcm tu... :)

kalau la sy sekuat kamu menahan perasaan marah itu kan bagus... ;)

selamat berpuasa... ;)