Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia

Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia



Pekerja memakai warna putih dan merah
  Hari ini merupakan hari kemerdekaan Indonesia. Semenjak kerja kat kilang ini hanya  2 tarikh  kemerdekaan yang aku hafal iaitu Hari Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia.
Apa nak buat apabila pergaulan sehari-hari sebanyak sedikit , adat dan tutur kata mereka pasti terlekat dan terikut oleh aku.
Tapi tak lama lagi aku akan tahu satu lagi tarikh kemerdekaan iaitu Myammar..hehehehe.

Dan kebiasaannya, warga Indonesia kat kilang aku yang menyambut hari kemerdekaan akan memakai riben warna putih dan merah kemudian  ikat di rambut mereka. Semangat patriotisme masih diamalkan walau berada di mana-mana.
Disini sebagai rakyat Malaysia aku ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia kepada semua warga Indonesia yang membaca blog saya ini.
Saya mempunyai satu belief kita semua adalah satu bangsa Nusantara yang menghormati antara satu sama lain.
Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
selamat merdeka Indonesia :)