Jual jagung dah berlagak - entri marah!!

Jual jagung dah berlagak - entri marah!!


Tahun ini adalah tahun experimental aku untuk menceburkan diri dalam bisniis Bazar Ramadhan. Disebabkan kurangnya pengalaman, aku rancang hantar 1 tempat ajer bazar ramadhan. aku tak mahu tamak.
So aku telah menolak Mydin outlet dan 2 tempat hot spot yang lain. Aku bincang ngan kawan aku berniaga bazar ramadhan di Tesco tumpang produk aku. Tu tempat baru, tahun ini baru buka. Aku fikir kalau kawan yang jaga, more better kot.
Semalam aku letak ler produk aku, sebelum tu aku beli alas meja dan tanda harga serta beberapa keperluan lain utk projek bazar ramadhan ni.
So masa aku dtg, aku lepak dulu. Lepas buka puasa aku dan kawan aku susun kuih. Tapi aku dah dapat rasa caranya berbeza, berlagak. Dia siap kata suruh aku jaga kuih aku dan tolong dia niaga. Dalam hati aku apahal dia ni, aku hantau kuih dan kasi untung, aku kena jaga pulak. Aku diam ajer, so aku tolong ler dia sikit2. Member lama, aku memang paham perangai dia.
Dalam kul 9pm aku balik mandi. Bayangkan dari kul 6pm aku kat sana. Sebelum tu dalam kul 2pm aku dah keluar check barang niaga aku. Penat.
Malam tu dalam kul 1am, balik tgk wayang,aku jenguk, dan dia bising2 kenapa aku tak dtg. Siap sms lagi minta datang. Aku diam ajer. Member dia pun bising2. Lepas tu dia kata member dia malas nak jual kalau tak dapat untung. Aku kata kat kawan aku, kan barang yg dia jual tu aku dah kasi untung. Berapa byk kau nak untung.
Malam tu juga aku amik barang2 aku dan aku kata kat kawan aku, aku malas nak argue pasal bisnis ni. Tak payah letak lagi. Dia ingat aku terdesak sangat nak letak produk aku dan layan aku mcm aku ni nak merayu kat dia. Tak tahu niaga punya orang...tgh marah ni...hehehehe.
Disebabkan dia, hari ini aku terpaksa buat muka tebal dan hantau produk aku kat tempat lain. Allah kalau nak kasi rezeki memang dapat, nasib baik pakcik tu terima semua kuih aku malahan minta kuih2 lain. Syukur alhamdulilah.
Pendek kata semalam aku memang buang masa. Cuma dapt tgk wayang semalam,nasib baik...hehehehe. Adat berniaga akan jumpa macam2 dan ini juga satu pengalaman. Dengan member aku tu, kalau gaduh pun minggu depan baik ler tu...hahahaha. Aku malas nak gaduh pasal bisnis ini, tapi setakat kau jual jagung tapi dah berlagak sebab tu tuhan tak kasi kau kaya.

Catat Ulasan

0 Ulasan