Hari Raya, Banyak Kereta Buat Hal...

Hari Raya, Banyak Kereta Buat Hal...

Hari Raya Aidilfitri ini macam-macam hal aku dengar terutama pasal kereta buat hal..
Senario 1
Kakak aku kereta kena sondol belakang masa bawa kereta kat perak. Gara-gara tak pandai bawa kereta auto, tertekan brake lalu kereta belakang langgar bontot kereta dia.
Sekarang kena repair kereta kat bengkel, tapi nasib baik tuan yang langgar nak bayar.
Sebab dalam undang-undang samada kau betul atau tidak, jika kau langgar bontot kereta orang maka kau yang BERSALAH!!!

Senario 2
Kereta kawan aku hari ini lak menyondol kereta orang kerana kereta kat depan tiba-tiba brek masa lampu isyarat masih kelip-kelip kuning. Rabak juga bumper kereta dia.

Senario 3
Kawan aku juga menyondol kereta orang masa turun bukit. Pecah lampu kereta depan dia.

Senario 4
Kereta aku pula buat hal nak masuk gear susah sangat, terutama bila nak masuk gear 1. Hati risau kalau gear box buat hal, tapi kawan-kawan kata klas dah haus. Kalau klas rosak dalam RM300 jer..Boleh ler.. Hari Rabu minta cuti nak repair kereta.

Apa nak buat kadang-kadang kita yang betul tapi kereta lain yang tak betul....kekekekeke.

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
macam ni kena tukar bumper besi nihh!! hahaa hati2 memandu