Kaki Wayang : Raya Tak Jadi

Kaki Wayang : Raya Tak Jadi

Semalam menonton filem Melayu Raya Tak Jadi lakonan Saiful Apek dan Jalaludin Hasan.
Ceritanya berkisar 2 orang pemuda yang tertukar teksi mereka dan teksi yang tertukar ada mayat orang.
Permulaan cerita dimulakan bagaimana mereka hendak membuang mayat tersebut. Pelbagai lawak di paparkan semasa mereka hendak membuang mayat tersebut.
Pertengahan pula rupanya mayat yang dijumpai hanya pengsan sahaja ( lakonan Jalaludin Hasan) dan mereka merancang untuk membantu orang tua tersebut.
Dan seterusnya pelbagai aksi mereka dengan penculik-penculik yang mahukan orang tua tersebut.

Dari keseleruhan filem ini  ranking peribadi aku ialah 4/10 sahaja. Cerita ini memang lawak tapi aku pernah melihat lawak yang lagi spontan. 


Selain itu filem ini jika dipapar dalam siaran TV Cekerama memang orang akan puji tetapi jika untuk tayangan filem saya merasakan tidak sesuai. Bila bercerita tentang filem , pertama ialah budget. Kalau tengok dari segi budget, filem ini budget murah kot. Itu pandangan mata aku ler....
Kedua dari segi background filem tak begitu best lerrr... latar belakang kawasan terlalu biasa...
Banyak yang aku boleh komplen untuk filem ini, tapi dengar khabar dapat 4 juta kutipan.
Tahniah buat filem Raya Tak Jadi..

Tapi untuk aku sebagai peminat filem Melayu  dan baru-baru ini berminat dengan cerita Melayu amat terkilan prestasi filem ini. Saya rasa rata-rata yang menonton filem ini akan menonton sekali sahaja.Kutipan 4 juta itu semua adalah penonton Melayu yang berminat menonton filem Melayu macam aku , tapi disebabkan filem ini aku dah malas nak menonton filem Melayu lagi.

Ingat tak tahun 80an filem Melayu jauh ketinggalan padahal tahun 60an filem Melayu ramai yang menonton. Kerana pembikin filem sudah selesa dan leka, macam sekarang ni kutipan filem 6 hingga 11 juta. Bila leka buat filem pun tak bermutu. Bila orang Melayu tak mahu tengok, kata orang Melayu pentingkan filem asing. Contoh terbaik ialah  macam sekarang ini kata orang Melayu pentingkan lagu Indonesia. Padahal lagu Melayu yag baik pasti ada peminat... So beringatlah..

Maaf ini adalah pandangan peribadi, cuma semalam aku kecewa lihat filem Raya Tak Jadi.  Nasib baik buka blog Alexa Rank aku semakin turun , baru hati gembira kembali...hehehehe
http://hanifidrus.blogspot.com/2011/09/bila-aku-jatuh-cinta.html

Catat Ulasan

0 Ulasan