Kesukaran Handphone butang dengan touch screen

Kesukaran Handphone butang dengan touch screen

Kenapa aku menulis entri ini sebab nak tahu perbezaan touchscreen dengan pakai butang yang banyak-banyak tu.
Melalui pengalaman aku, mula-mula aku pakai handphone yang biasa-biasa ajer mempunyai butang tekan. Kemudian aku tukar kepada E71 yang mempunyai banyak butang, mula-mula memang susah tapi lama-lama ia amat menyenangkan hati aku terutama bila aku nak updated blog aku bila masa tengah bosan.



Kemudian aku beli pula handphone touchscreen, dah dekat 3 minggu gak aku pakai tapi aku rasa amat susah sekali kerana kelembapan aku nak menaip terutama bila nak updated blog aku yang panjang  menjela.
Mungkin jari aku besar kot, tu yang kadang tekan nombor lain nombor lain yang keluar..leceh jugak jadi lelaki badan sasa ni....
Sebab kebanyakan aku tengok yang pakai touchscreen, orang yang kecik-kecik...
Geram memang geram lerr....

E71 aku kat bini aku lak...rasa macam nak minta tukar jer dengan aku...hehehehhee.
Member aku kata kalau kau pakai I-Phone tak susah Hanif oiii...atau kau pakai I-Pad...
Itu aku tahu  lerrr.....
Atau members aku  kata,
Kau beli handphone yang ada banyak butang dan touchscreen sekali...
Ehhh!!!! kalau aku ada LEBIHAN duit, bukan satu I-Pad jer aku beli...tapi 2 I-Pad. Satu buat entri blog dan satu lagi buat main game sama anak aku.... I -Phone lak suka-suka buat hobi ambil gambar ajer..

Catat Ulasan

0 Ulasan