Datuk Lee Chong Wei Bersara

Datuk Lee Chong Wei Bersara

KETIADAAN Datuk Lee Chong Wei dalam kancah pertandingan badminton tempatan tahun depan selepas menjuarai Grand Prix Akhir Kebangsaan kali ke-10 berturut-turut, semalam bakal membuka lembaran baru buat pemain lain dan pastinya saingan menjadi lebih sengit.

Keputusan itu disuarakan sendiri Chong Wei kerana mahu melihat pemain lain tampil menggantikannya suatu hari kelak.




“Saya harap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) faham situasi saya apabila tidak lagi beraksi dalam sirkit kebangsaan. “Paling penting buat saya adalah persiapan terbaik untuk ke Olimpik, saya tidak kisah jika perlu melupakan beberapa kejohanan,” kata Chong Wei.

Semalam Chong Wei menjuarai GP Akhir Kebangsaan buat kali ke-10 berturut-turut selepas mudah menewaskan Goh Soon Huat 21-11, 21-5 pada final di Stadium Juara, Bukit Kiara.

“Selepas ini saingan membabitkan pemain seperti Soon Huat, Misbun Ramdan Misbun, Liew Daren, Mohd Arif Latif, Chong Wei Feng dan Chan Kwong Beng pasti lebih menarik kerana kemampuan semua pemain ini hampir setaraf.

“Namun, lebih penting saya harap Daren, Wei Feng, Arif dan Kwong Beng tidak mengambil masa terlalu lama untuk menempatkan diri dalam kelompok pemain terbaik duni

Catat Ulasan

1 Ulasan

cik asam jeruk berkata…
ala dia xdpt kalahkan lin dan lg..mana leh quit hehe