Guideline To Built Great Blog

Guideline To Built Great Blog

 
Aku telah melihat beberapa top blog di Malaysia apa yang ada dalam templates mereka.
Dan melalui penelitian aku dapat huraikan basic yang mesti ada pada blog. Sebelum aku teruskan celoteh ini, as blogger kita mahu pembaca. Kedua kita mahu pembaca tetap atau follower... Itu basic blogger. Bagaimana nak dapatkan itu. Melalui pemahaman aku dengan melihat blogger-blogger hebat ini, terdapat beberapa persamaan yang mereka apply di blog mereka:  



Background - ni paling penting kot
Background!! Apa yang aku lihat ialah background mereka kebanyakkan warna putih. Warna-warna yang lain yang digunakan pun agak terang. Warna hitam tak ada!! Aku punya blog dah gagal dari aspek ni..huhuhu.  

Muzik 
Kedua, mereka tiada muzik dalam blog. Perkara ni kerap menjadi perdebatan sesama blogger. Tapi kebanyakkan blogger setuju muzik dalam blog kurang sesuai. Kerana ia beratkan loading time dan selain itu ia mengganggu pembaca.  

Pos/Entri
Ketiga ialah tab entri-entri lama dan popular. Dan entri mengikut labelling/tag. Tujuan kita buat blog bertujuan baca entri kita dan ianya satu kelebihan jika pembaca dengan mudah mencapai entri2 kita yang terdahulu. Oleh itu aku lihat kemestian yang mesti ada ialah ruang popular post, ruang recent pos,ruang arkid. Apa jua cara agar pembaca boleh membaca pos-pos anda yang baru dan yang lama. 

Read More
Ini juga adalah sebahagian daripada teknik berblogging, jika anda guna read more, anda boleh tunjukkan lebih banyak entri dalam web page anda. Sebab itu kebanyakkan blogger guna read more. 

Wordpress atau Blogspot
Perdebatan yang agak panas, tapi apa yang aku lihat wordpress is the best kerana ia banyak plug-in yang best-best berbanding blogspot. Ramai blogger handalan guna wordpress sebagai pilihan mereka berbanding macam aku guna blogspot.  

Blog List
Hampir semua blooger ini mempunyai bloglist atau exchange banner blogger-blogger lain. Ini adalah salah satu kemestian yang mesti dilakukan oleh blogger-blogger semua. Jika mereka malas nak letak blogslist mereka letakkan e-referrel sebagai pengganti blogslist.  

Selamat mencuba dan apa yang ditulis kat sini aku pun tak apply sangat...malas atau takut nak apply sebab dah banyak perubahan yang aku dah buat. Tempoh hari aku tukar warna hitam ke putih dengan templates sekali habis semua manual setting aku...hehehehhe. 

Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
Terima kasih infonya gan, berguna sekali buat newbie :)