Increase Loading Time At Blogspot

Increase Loading Time At Blogspot

Kelajuan laoding time amat penting dalam sesuatu blog. Baik untuk pengunjung dan juga SEO. Kesedaran tentang loading time ini juga berpunca dari komen pembaca aku mengenai kelambatan laoding time blog aku. Tetapi pada dasarnya blog sememangnya mempunyai loading time lagi lambat berbanding website yang lain disebabkan blog perlu mempunyai widget-widget tertentu.

Terdapat beberapa cara untuk melajukan blog kita iaitu:
1. CSS
CSS (Cascading Style Sheets) adalah bahasa styling yang seringkali kita tambahkan pada HTML. Untuk mengurangi ukuran CSS pada template HTML,buat kompres CSS baik secara manual ataupun dengan aplikasi yang tertentu . Fungsinya adalah mengurangkan besar file dan waktu baca browser. Sebenarnya aku pun kurang faham apa itu CSS tapi memang cukup banyak CSS aku letak kat blog aku. Tapi kat blogspot aku kurang pasti jika boleh kompress CSS.

2. JavaScript
Java Script pula ia kalau nak baca memang cukup lama. Sebab tu kalau ada Java Script jangan letak sebelah atas header, sur epost anda lama nak keluar. Nanti saya terangkan bagaimana blogspot loadingtime dibaca. baiasanya dibaca dari atas header teru ske bawah dan kemudian ke side bar.
So kalau nak letak juga Java Script letak kat side bar.

3. Posts /Entri
Blogspot ada memberi kelonggaran berapa banyak post yang anda ingin tunjukkan dalam blog anda. Maksimum kalau tak silap aku 500 post tapi lagi banyak kau letak lagi lambat loading kau sebab ia nak baca satu-satu. Anggaran paling baik kau letak 5 post semaksima. Sebab tu dalam blogspot mahu tak mahu kita terpaksa buat Recent Post atau Popular Post kat side bar.
Tapi meringankan page anda, disarankan letak "read more".

4. Gambar/Image/Picture
Gambar memang cukup penting dalam sesuatu entri tapi ia juga membebankan masa loading time jika saiz gambar tu terlalu besar.

5. Widget/Gadget
Widget /Gadget salah satu bahagian penting dalam blogspot. Tetapi jika kita guna widget yang terlalu banyak, semakin lama waktu loading time. Tapi Widget/Gadget amat penting dalam blog, apa yang dapat kita buat gunakan Widget/Gadget yang berguna sahaja. Widget-widget seperti kalendar atau gambar slide-slide tak perlu letak. Tapi untuk blogger baru, boleh letakkan sementara belum jumpa widget yang penting kalau tak nampak kosong lak blog anda.. Tapi aku nasihatkan jangan ler letak lagu!!!!


Dalam hal loading time melalui pemerhatian dan pembacaan aku, wordpress the best sebab ia mempunyai plugin yang baik-baik. Jika ada kesempatan nak belajar juga buat blog pakai wordpress bila dah ada domain sendiri....( angan-angan dulu)... Nak cuba apa bestnya wordpress.

Oleh itu jagailah loading time anda, sebab ia akan mempengaruhi pengunjung anda dan jika pengunjung banyak merungut bila pergi ke blog anda maka pagerank anda akan turun dan automatik Alexa Rank anda pun susut...



Catat Ulasan

0 Ulasan