Increase Traffic Perlu 10 Articel Sehari?

Increase Traffic Perlu 10 Articel Sehari?

Tempoh hari aku ada baca satu artikel dari seorang  blog yang menunjukkan redmummy dapat RM13K  hanya dari berblogging!!!! Dan semua memang tahu redmummy  merupakan blogger yang berjaya dan tentunya beliau ada menjana pendapatan dari aktiviti bloggingnya. Tak perlu jealous sebab beliau berblogging dari tahun 2008 dan disiplinnya telah memberi pulangan..
Dan apabila kau membaca dari blogger ini  beliau mengatakan salah satu kejayaan redmummy adalah blogwalking dan komen dan blogwalking dan komen.. Ini semua orang tahu!!!

Dan aku terkejut apabila si gadis cantik ini menulis bahawa untuk dapatkan traffic yang baik serta di index dengan cepat perlu menulis 10 entri sehari...wahhh!!! Dan melalui pembacaan aku untuk sesebuah blog itu berjaya perlu buat entri setiap hari dan paling banyak 3 artikel sehari...
Tapi kalau 10 articel sehari....emmmm.. mampu ker kau orang? Dan secara logiknya aku percaya lagi banyak articel kau tulis lagi banyak peratusan pagerank kau akan naik..Sebab Google mudah index blog kau yang aktif...Itu logik!! Aku kalau boleh nak buat entri setiap hari kerana memang passion aku menulis....

Dan sejak-sejak ini aku telah membuat beberapa eksperimen tentang bagaimana meningkatkan follower, rendahkan Alexa bawah 1,000,000 dan target pageview lebih 100,000 semua telah berjaya. Cuma tentang pagerank ini aku memang lemah kerana pagerank bukan melibatkan articel semata-mata tapi ia juga melibatkan SEO ( Search Engine Optimize) yang perlu kita ada sebagai background.
Bila bercerita tentang SEO ia melibatkan backlink, script-script HTML kau, ping sistem kau, internal dan external kau, dofollow atau nofollow kau, meta tag kau dan macam-macam lagi.
Dan SEO ini adalah pembelajaran yang tiada noktahnya dan sukar untuk seseorang yang tiada basic tentang web-web program ini...
Inilah kelemahan aku...huhuhuuhu..

Dan aku tidak percaya tentang 10 entri sehari akan memberi pagerank kau naik dengan baik dan dapat menjana pendapatan yang baik. Seorang blogger yang bercita-cita inginkan minimum pagerank 1 pun sudah pasti telah bermain dengan SEO. Pernah saya terbaca satu blogger Denaihati yang telah jatuh pagerank, padahal blogger ini adalah seorang yag aktif dalam berblogging malahan saya berani memberi jaminan backlink blog ini memang cukup banyak. Kenapa jatuh?
Kerana buat entri kurang dari 10 articel...?

Melalui pemerhatian saya dengan post articel yang banyak, ia  pasti akan mempengaruhi Alexa Rank kamu, tapi pagerank belum tentu lagi. Kerana ada blog Alexa Rank kurang 100,000 pun masih belum lagi mencapai  apa-apa pagerank. Tetapi ada juga blog yang mempunyai Alexa Rank yang tinggi tapi pagerank meletup..

Tapi saya selalu suka mencuba, benarkah 10 entri sehari dapat menjana pagerank yang baik tanpa teknik SEO yang baik..
Saya akan terbitkan satu artikel bagaimana nak buat 10 entri sehari dengan  mudah?
Dan kemudian kita cuba sama-sama...
Mana tahu akan berjaya...as a blogger salah satu titik kepuasan berblogging adalah pagerank..( salah satu.....)

Catat Ulasan

3 Ulasan

Unknown berkata…
hermm...memang tak larat ar nak buat 10 artikel 1 hari. tapi saya ni yg jarang update pon dah PR1 cuma alexa jer berjuta2 laie. he3
zareliqa afiqa berkata…
ngeee.10 artikel sehari? mana nak perah topiknya tu.hehe :D
THE AUTHOR berkata…
betull..tu yang saya muskil tentang teori ni..
Nak cub abuat 10 entri satu hari ..nak tengok apa jadi...