Teknik Blog Dalam Blog

Teknik Blog Dalam Blog

Ini adalah satu teknik blogging yang sering digunakan oleh pengamal-pengamal blogger yang telah lama berkecimpung dalam bidang blogger ini.
Teknik blog dalam blog bermaksud Blog Utama anda mempunyai sub-blog yang menyokong blog utama anda.
Sebelum itu saya ingin memberitahu bahawa tidak semua blogger akan mendedahkan benda ini kerana impaknya agak tinggi dalam memajukan blog utama anda.
Anda akan mendapat link yang banyak, kurangkan loading time dan macam-macam lagi.

Apa fungsi Teknik Blog Dalam Blog
a) Ingin mengasingkan traffic aplikasi blog anda.
Dalam berblogging adalah penting untuk ping kan semua blog anda dan kadangkala apabila kit ameletakkan semu aping aplikasi dalam blog anda  akan mencemarkan kecantikan blog anda. Lainlah kalau ping tu secara auto macam ping busuk.
Kedua ia akan membuka rahsia semua laman ping yang anda telah temui di laman sesawang. Ada kala kit aperlu menyimpan sedikit rahsia ping kita agar tidak dijumpai oleh pihak lain. Itu normal.
So mana nak simpan berpuluh ping aplikasi anda, mahu tak mahu terpaksa buat satu laman blog untuk menyimpan semua ping traffic anda.
Anda boleh namakannya Blog Traffic atau Traffic aku.
Kalau anda pergi ke profile aku anda akan melihat aku ada satu laman blog traffic.
Tapi lama gak aku tak guna sebab malas kerana mana larat nak pingkan 4 atau 5 entri sehari guna pelbagai ping.
Aku gunakan yang penting-penting ajer.

b) Buat bloglist
Ini yang paling popular sekali dan dulu aku gabungkan blog traffic aku dengan bloglist aku. Tapi sekarang aku buat asing-asing nak uji keberkesanan buat blog khas untuk bloglist ini. Dan seperti biasa aku menggunakan Alexa sebagai pengukur nilai. Cepat sikit dapat tengok prestasi blog.
Dan kalau anda pergi ke laman aku, aku sengaja tak directkan pages aku ke bloglist aku tapi anda kena direct klik gambar kat bloglist pages tu..
Apa yang aku buat ialah aku buat bloglist yang disediakan oleh blogspot aku tak copy paste dalam post.
Apa cara pun anda dapat juga link untuk blog anda...itu yang penting..

c) Elakkan dofollowDalam blog, seboleh-bolehnya mana-mana laman yang boleh kita buat nofollow kita akan buat. Ini untuk memastikan pagejuice kita hilang. Tapi tak manis ler semua buat nofollow. Tapi kalau kasi pula, hilang lak pagejuice anda seperti berlaku dahulu pada Denaihati.
Kalau kasi pula, tapi status nofollow, menipu lak...
So buat satu laman dan kasi status dofollow pada pembaca dan pengomen anda
Itu sebab aku buat satu laman bloglist khas untuk semua orang...

d) Buat Laman Lain
Ini merupakan sub blog anda tapi digunakan untuk tujuan lain seperti blog perniagaan. Seperti aku ada satu laman perniagaan yang dinamakan Halinis Food untuk memperkenalkan produk jualan aku. Tapi pada masa yang sama aku letakkan URL blog utama aku pada laman perniagaan aku.
Ini juga perkara biasa yang dilakukan.


d) Spam blog
Tujuan ialah buat blog tipu supaya pagerank blog utama anda naik. Adakala penipu-penipu blogger ini mempunyai beratus spam blog yang terkait dengan blog utama anda. So secara tak langsung external link kau naik. Ini penipuan yang bahaya kerana kalau Google tahu mati kau. Lagi-lagi sekarang Google Panda sekarang dah boleh detect duplicate entri atau copy-copy ini. Buat lah kalau berani....heheheheh
Tapi cara (a) dan (b) juga agak berbahaya jika Google salah paham...

Lain-lain sebab banyak juga tapiyang kat atas  ini yang paling selalu orang gunakan...

Kesimpulannya, ialah melalui teknik blog dalam blog secara tak langsung, paling bodoh pun dapat 3 link secara percuma dengan syarat kena buat blog baru gunakan e-mail baru dan semuanya yang baru ler....Anggap ia satu blog yang terasing dari blog utama anda. Baru nampak tak ada pertalian...orang pun susah nak cam..hehehehe

Tapi untuk traffic blog dan Halinis Food aku guna e-mail yang sama dengan blog utama aku. Senang nak updated kerana dashboard yang sama tak perlu asik-asik nak sign up. Sebab aku bukan nak buat spam-spam ini...hehehehehe ( check ajer kat profile aku..mesti jumpa punya)
Tapi kalau guna pelbagai e-mail dengan pelbagai blog ada juga teknik yang mudah..nanti aku terangkan.
Ini yang aku maksudkan Teknik Blog Dalam Blog dan satu hari nanti anda juga akan gunakan teknik ini...
Ini satu perkara yang natural apabila blog anda semakin lama semakin berkembang...
Cuma kalau anda buat lebih awal adalah lebih baik....supaya nanti tak terhegeh-hegeh nanti  macam aku....

Bila ada banyak blog ini yag susah ialah nak maintain......
Semua blog kena check satu persatu kesihatannya...apatah lagi kalau sub-blog yang baru...
Selamat mencuba.....Adios... ( dan anda boleh masuk ke dalam blog contoh yag aku katakan tadi kalau tak paham)
Aku pun sekarang tengah banyak buat eksperimen niii...
Ni juga menyumbang kepada Alexa Rank anda... Dan juga kalau kena cara pagerank sub-blog lagi baik dari blog utama anda.....hahahhahaha...parah

Catat Ulasan

2 Ulasan

Unknown berkata…
SALAM,

TKASIH ATAS PERKONGSIAN INI. MEMBERIKAN MANFAAT
THE AUTHOR berkata…
sama-sama....ilmu untuk dikongsi bersama