Follower Buang Masa !!!???

Follower Buang Masa !!!???

Tempoh hari saya ada terbaca satu entri dari new blogger ( maybe) mengatakan penting sangat ker follower dalam satu-satu blog itu.

Follower adalah satu alat untuk menunjuk-nunjuk bahawa blog kita bagus sangat?
Dan beliau amat membenci istilah follower " I follow u, u follow me" seolah-olah macam satu paksaan kepada blogger lain memaksa pihak lain mengikut mereka.
Dan entri yang ditulis agak kasar juga dan saya merasakan blogger ini akan kehilangan ramai follower termasuk bloglist dalam masa terdekat ini.
Jom Baca Lagi
Dan penulis ini juga tak kisah jika sesiapa tidak follow beliau.
Anda tahu bagaimana nak buang follower kan? Buang dia dulu!!!
Malahan gambau dia letak pun salah..letak gambau twitter follower...hehehhehehe
Dan untuk saya ini adalah satu perkara lapuk yang tak patut kita bincangkan....ramai pihak dah membincangkannya.

Walau bagaimanapun saya nak terangkan kepentingan follower kepada semua pihak.
Dalam dunia blogging ini terdapat beberapa step yang perlu kita ikuti sebelum kita melangkau ke step yang lain.
Pendek kata merangkak-rangkak dahulu kemudian berjalan dan akhirnya kita berlari...

As a newbie blogger apabila kita berblogging, pertama sekali kita memang suka pakai widget lip lap kerana pada masa itu blog anda masih kosong dan pada masa itu tujuan anda ialah mencari pembaca.
Salah satu teknik mencari pembaca ialah melalui teknik blogwalking dan juga menggunakan widget follower dan shoutbox. Jika rajin selalu komen!!
Ini adalah basic dalam dunia blogging!!!

Selepas step yang pertama, anda sudah mempunyai pembaca yang tetap maka step kedua ialah berkecimpung dalam bidang SEO. Anda akan kurangkan loading time blog, anada akan belajar apa itu nofollow. Anda akan lebih peka tentang entri post ke Search Engine.
Malahan anda akan tukar template yang lebih matang tanpa terlalu banyak widget yang memberatkan blog anda terutama widget lagu...kekekekekke.
Tapi gambar boyfriend dengan girlfriend jangan buang lak......hahahhahaa.

Step ketiga jika anda sudah rasa macam confindent ( atau bahasa lain, macam bagus sangat) , anda akan tukar blog anda dari free kepada domain blog. Baru sedap sebut seperti http://hanifidrus.com (macam best ajer kekekekeke). Pada masa itu anda sudah mempunyai kekuatan dari segi SEO dan teknik blogwalking...

Jika ANDA RASA TERSANGAT BAGUS, buang ajer widget follower dan shoutbox tu. Jangan letak!!!
Tapi aku hairan gak tengok blogger yang cakap berlagak tu....kalau dah tahu kenapa tak buang ajer widget follower tu....Kalau rasa Follower tu buang masa...
hairan...hairan....

Aku tengah marah ini kerana entri dia tu menyesatkan semua orang.
Bayangkan kalau ada newbie lain terpengaruh, kan leceh..adusssss....
Apa salahnya kalau ada banyak follower, tak jejas apa-apa pun pada anda blog anda malahan dari segi psikologi ia memberi anda kekuatan untuk lebih berkarya!!!
Dan juga meninggikan Alexa Rank secara tak langsung
Walau apa pun aku ucapkan terima kasih kepada semua follower Hanif Idrus Blog....
dan juga Thanks for all commenter at Hanif Idrus Blog.!!!

Catat Ulasan

20 Ulasan

miloaiskurangmanis berkata…
nak jadik blogger - yg penting jangan menyombong....

bukan takat nak jadik blogger aje jangan menyombong ni ye... nak jadik MANUSIA juga jangan menyombong!

tak gitu???
burnkelana berkata…
org mcm tu kita sula jerk.. hehehe
nia berkata…
sama2. suka blog ni sebab byk info.
cik asam jeruk berkata…
ish..sape tu..takde salah pon nk ade follower, xnak ade follower. tgk cikasam rilek je follower xcecah 100 pon..tssskkk T_T. ni sbb malas la ni..eh bz heheh
zareliqa afiqa berkata…
tak reti main SEO.. +__+
FaizalRSD berkata…
Blogger mana yang kerek sangat tu?aku pun tak suka dengan istilah i follow u,u follow i tapi sangat appreciate siapa2 yang follow blog aku.Sebab bila aku follow blog orang,aku tak mention pun kat shoutbox.Saje nak tengok owner blog perasan ke tak follower dia bertambah.tapi ramainya tak perasan walaupun follower beberapa ratu je.
THE AUTHOR berkata…
betul!!! betul!! jadi manusia jangan menyombong...
Kasihan pada diri kita..
Ada ilmu kongsi ramai-ramai...
Baru best!!

Cik Asam...kena sabar selalu...
aku dah setahun pun baru 330 follower..hehehehe
Unknown berkata…
poyo gle mamat yg ckp cenggitu..ranking alexa dye msuk dlm top sites alexa ke?klu x,jgn sembang la

btw,miera wat blog ni juz for fun je..smile for me plz :)
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
Tak perlulah nak sombong2kan.. Sangat2 hargai siapa yg sudi follow kita.. ^_^
APAN berkata…
da nama pun baru lagi, mungkin dia x dtg kesedaran lagi kot...
aku pun bukannya lama sngat ada blog ni...
mende tu semua boleh gak jadi motivasi...
mmg la kalau bab i follow, u follow balik tu mcm x kena je sebab aku pun agak anti ngan mende tu...
lantak dia la...
sampai bila nak menulis syok sendiri je.tah ada org baca ke x la...haha...
aNak ChE mE berkata…
poyo betul siblogger tu ye.... klu xske pon ayat "i follow u, u follow me" tu jgn la main hembus je.... berbaik2 antara blogger tu kan silaturahim namenye... hehehehe...^_^
Denaihati berkata…
ape punye orang le tu...
layan follower kite sebaik mungkin sebab ianye merupakan sahabat kite.
Beckhrooy berkata…
org dtg jengok blog kita pun dah ok, terpulang ngan sesiapa kalau mau tambah follower kan
mula2 zira wat gak "follow me back"
time zira xtau dlm blog la kn.
xp lame-lame zira rase rimas plak istilah I follow u, u follow me.
naiemah_ramli berkata…
naiemah lg x tau sal dunia blog ni..heee...nk edit blog pown x pndai ha..tmbah2 dngar pkataan y xbiasa dgar..lg pening..heeee..baru lagi buat blog.. ^__^
Unknown berkata…
dulu follower sangat penting sebab mereka betul2 follow apa yang kita tulis tapi mungkin penulis tu mention follower yang jenis suruh follow nak membanyakkan bilangan yang itu sucks serius saya cakap sebab depa tak faham apa function follow blog...
Tanpa Nama berkata…
it's nice to be nice..

sis lebih suka mereka drop komen dpd follow pastu terus hilang :)

sebab tu sebolehnya kita kawan :)
THE AUTHOR berkata…
Saya sama seperti sis92...suka komen.
Kalau komen dia punya impact lain macam sikit...
Tp x best lah setakat org shout kt shoutbox nk promote brg2 produk dia ke apa. Tp x baca pun entry kita.
jahajahatable berkata…
wat is SEO? haha...noob here...by the way.....tersangat sangat lah betol...buat ape nak menyombong...lagi2 budak baru...alahai...