Giveaway atau Segmen Perbodohkan Blogger?

Giveaway atau Segmen Perbodohkan Blogger?

Hari ini ingat nak cerita sikit pasal pagerak tapi malas lak.
Nak berborak pasal gateaway..hehehe. bukan giveaway campaign atau segmen yang melambak-lambak di dunia blogging sekarang ini.
tajuk kat atas ganas giler yek!!!
Mesti bila baca hati panas..kekekke
Memang cukup banyak seolah-olah macam trend lak semua blogger mesti kena buat bende ini....

Baguslah macam tu kerana ia memperlihatkan kemurahan rakyat Malaysia yang suka memberi...
Selain itu segmen-segmen yang diperkenalkan juga bagus dapat mengeratkan silaturahim antara blogger...
Selalin itu dapat menjana pemikiran dengan segmen anda.

Biasalah bila buat giveaway atau segmen yang pasti semua berkisar kepada satu perkara juga. Nak backlink seberapa banyak yang mungkin..
Bila buat giveaway pasti blogger kena buat segmen tentang blog tersebut dan link ke blog tersebut. Ada lagi dahsyat suruh join facebook mereka atau twitter mereka sekali...Terpulang pada kreativiti masing-masing.

Bila berbicara tentang giveaway atau segmen ini banyak faktor yang perlu di fikirkan. Bukan masalah kewangan samada anda mampu berikan giveaway atau tidak tapi kepopularan anda.

Kadang-kadang aku kasihan pada blogger baru ini, umur baru setahun jagung dah buat giveaway dan macam-macam. Tapi tak ada sambutan.
Ada ler yang follow giveaway tapi 3 atau 4 ketul orang ajer yang promote..
Nasihat aku tumpukan dan kuatkan pada traffic dan komuniti blogger anda. Bila dah ramai kawan atau pembaca setia baru buat promosi giveaway. Jangan terburu-buru nak free link ajer. Lagipun dia orang mesti check pagerank blog atau Alexa kau kalau nak beri. Apa yang mereka boleh dapat dari join giveaway hang..Contoh kalau join Segmen Ben Ashaari..puas hati kalau menang dapat juice pagerank dia.

Lagi satu hadiah lak yang  diberi 2 keping KFC kupon jika menang giveaway tersebut. Alamak!!!..nak tergelak isi perut aku....
Tapi ada juga yang ikut....Lainlah kalau kasi RM100 atau handphone sebiji...
Ni nak  perbodohkan blogger...kekekekeke.

Tajuk segmen lak aku tengok kelakau lak. Macam saya suka blog dot..dot... tajuk tajuk cinta-cinta. Pilihlah tajuk segmen yang bercerita tentang keamanan dunia ker...tentang dunia blogging ker..

Bukan senang nak buat giveaway atau segmen ini, ia memerlukan masa anda sebagai penganjur untuk terjah blog-blog contestant anda dan nilaikannya. Kalau tak ada masa jangan buat...
Tapi macam aku katakan kalau giveaway kau hanya 4 orang contestant OK kot...

Selalu ingat buat basic blogger iaitu  blogwalking dan buat entri....Giveaway dan segmen adalah strategi blogging tapi periksa dulu kekuatan kau sebelum buat contest ini. Dan paling penting jangan bodoh-bodohkan blogger dengan hadiah ciput kau tu...huhuhuu

Itu ajer aku nak tulis..... bila aku nak giveaway yek....hemmmm.
Nak kasi I-Pad atau I -Phone...pening-pening....

Catat Ulasan

6 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
acewahh ipad..mesti berduyun2 yang join.tapi ada gak yang kelakar tau bila join GA yang mana komen terbanyak akan dapat hadiah.yang kelakar nya ragam orang yang komen..sanggup bertingkat2 send..(mean 2-5x komen 1 satu entry)then siap balaskan pengkomen yang lain.hihih..xperla.asalkan mereka bahagia n dapat.aah mas pernah tgk contest kupon kfc.(xjoin ye) & mas pernah join contest yang tak ramai join.tapi bagi mas,mana yang sempat n ok..mas join je.support je.hihih
THE AUTHOR berkata…
Alamk tadi member buat segmen "Blogwalking sampai gile"
Apasal ler miera buat segmen time aku buat entri macam ni..
Jangan kecik hati..aku join segment Miera..kekekekekee
nia berkata…
giveaway satu stategi blogging. Pernah join. tapi Kadang2 join tak mengharapkan hadiah pun, tapi sbg support kpd blogger.

tapi ada bagusnya juga giveaway, kontes or segmen ni. sb ada backlink balik, automatik promot blog kita. cuma feza agak jarang nak join.hehe..
cik asam jeruk berkata…
ahahaha sbb tu cikasam xbuat ape pon giveaway..skrg ni mmg kena kuatkan kekuda je dlu..muahaha
APAN berkata…
lantak dorang la...buat atau join GA bukan pilihan hatiku...mcm2 karenah kalau join.haha...