Last Minutes Job

Last Minutes Job

Minggu ini minggu kegeraman aku. Kerja dah ler berlambak-lambak, banyak repot nak kena buat.
Dan semalam lepas buat repot setelah 2 hari bertungkus lumus tiba-tiba boss aku kata kena tukar semua, padahal aku dah e-mail dari semalam suruh check report aku.

Meeting dah ler lewat petang dalam pukul 4.00pm, punya yer-yer ler kami buat presentation dalam kul 5.30 suruh ubah semua sekali. Totally ubah semua data.
Ayooo!!!! aku menjerit dalam hati.
Customer nak datang besok pagi pukul 9.00am, pehh!!! terkejar-kejar aku dibuatnya.
Boss lak asik tanya, sudah siap ker belum...geram ajer hati aku.
Ingat buat benda ni macam makan nasi kot...
Nak makan pun kena kunyah..ambil masa!!!! ( entri geram)
Last-last aku bawa balik kerja kat rumah. Awal-awal  aku cakap kat bini aku "Tonight I busy, don't disturb me dari segi psikologi mahu pun bahasa tubuh"...hehehehehe. Bini aku hanya mampu menjebirkan mulutnya sahaja...

So malam tadi buat ler semua kerja dan aku bernasib baik network connection slow, so aktiviti berblogging aku terhenti seketika. Tapi bila network biru ajer,  sempat gak aku cari maklumat untuk post-post aku sambil blogwalking ke blog kawan-kawan. Iskk kena jaga Pagerank dan Alexa juga.
Dan aku juga bernasib baik, TV pun tak der cerita baik-baik. So dapat tumpukan tugas aku dengan jayanya.

Dalam kul 1.00am habis tugas aku. Lega......!!!
Dalam kesibukan sebegini, kadang-kadang kita perlu juga situasi sebegini. Sebenarnya dah lama aku tak hadapi kerja sebegini. Last Minute Job.
Dulu-dulu kerap juga ler...sejak 3 atau 4 tahun ini, dah lama tak kena sedemikian.
Bila kena situasi begini, baru otak kau berjalan....hehehehehe
Suka tak suka kau kena selesaikan masalah ini, bagaimana caranya itu kau kena fikirkan sendiri.
Bila otak kau berfungsi maka macam-macam idea keluar...
Best gak dah lama  tak kena macam ni...hehehehehe
Tapi jangan ler selalu...mati aku  nanti...

Lagi satu , tadi pagi nak buat presentation ..aku dah prepare apa nak cakap.
Dah  lama juga tak buat benda-benda macam ni.....
Dulu bila siap ajer terus buat presentation..
Biasalah Last Minutes Job...takut salah data ker..kena buat preparation...
Akhirnya selesai juga presentation hari ini....
Nasib baik aku ada kawan yang buat sama-sama, kalau tak memang hangus aku hari ini...
So aku kena terima kasih kat dia orang  ler...Madam Thana dan  Miss Karen yang bentang projek aku dan check  aku punya projek paper..

Hari ini rilex kejap, aku nak blogwalking sikit-sikit.....

Catat Ulasan

4 Ulasan

MeMohamad berkata…
Tanggungjawap mengatasi segalanya......
burnkelana berkata…
its ok.. pelan-pelan kayuh..
Tanpa Nama berkata…
fuhh berdedikasi..bagus2..
chayok3!
THE AUTHOR berkata…
kekekekek..dedikasi?
terpaksa....