Patung Sihir

Patung Sihir

Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.
Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.

“Segala-galanya bermula apabila saya mahu mengembangkan perniagaan dengan menyewa sebuah premis di bandar raya ini sejak sebulan lalu.


“Pada jam 4.30 petang kelmarin, seorang rakan usahawan bergelar Datuk menghubungi saya dan memberitahu ada kejutan menanti saya di depan pintu kedai sebelum dia memutuskan panggilan secara tiba-tiba,” katanya

Catat Ulasan

1 Ulasan

Aqmil Lambung berkata…
masalah dalam perniagaan orang melayu. orang untung sikit mesti ada x puas hati.. macamana orang melayu nak maju bangsa sendiri pun x puas hati... tapi x de yang pelik nya tentang sihir ni, kita tengok dalam cerita/kehidupan orang putih pun amalkan benda-benda ni jugak, bezanya kita kata cerita tu tentang magik.. hahaha nak lari tajuk ni..




Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung