Pengagihan Sekolah RM100 Dibayar

Pengagihan Sekolah RM100 Dibayar

Belanjawan 2012 ada katakan bahawa setiap murid sekolah akan diberi RM100 sebagai meringankan beban ibubapa.
Dan hari ini aku telah dipanggil ke sekolah untuk ambil RM100 untuk anak perempuan aku yang darjah 2. Dah tua aku rupanya...hissss
Masalahnya aku baru tahu semalam petang lepas anak aku balik sekolah dan siap lagi sekolah beritahu kalau tak ambil hari ini, duit tu tak dapat.
Aku lak memang tengah sibuk sangat minggu ni . Kena buat 2 report  Customer Claim dan 2 report presentation untuk minggu depan.
Agak terkejar-kejar gak sebab semua kena buat dalam minggu ni.

Lepas tu datang surat suruh ambil duit...So selepas perbincangan, bini  aku menawarkan diri ambil duit hari ini. Lagi pun petang karang Sekolah  Agama anak aku ada penyampaian hadiah pukul 2.30pm. So tak sia-sia sangat cuti tu...

Aku kadang menyampah betul sangat sekolah ni... Selalu buat aktiviti  waktu kerja ibu bapa. Ambil kad repot pun sama. Kalau ibubapa tak  hadirkan diri kata tak libatkan diri dalam aktiviti sekolah. Lalu macam
mana nak cuti kalau kerja sentiasa ada. Lagipun cuti yang ada pula aku  guna setiap bulan, guna bayar bil-bil . Tahu ajer ler kerajaan kerja  hari Isnin sampai Sabtu . Aku cuti hari Sabtu dan Ahad. Mahu tak mahu
terpaksa ambil cuti, kalau lambat bayar kang, takut terpakai...hhehehehhee.

Lagi satu last minute information, tu pun satu hal. Macam semalam kes  suruh ambil duit kat sekolah. Kalau tak ambil rugi lak, ini sahaja kerajaan bantu untuk pekerj a swasta macam ni..( luah perasan). Walau
apa pun aku ucapkan terima kasih pada kerajaan BN kerana prihatin kepada rakyat.......
Atas sebab tu ler hari ini , aku tak dapat updated blog aku dengan cemerlang. Tangan dah mengigil-gigil ni....huhuhuhu.

Catat Ulasan

4 Ulasan

Unknown berkata…
SALAM,
LF MEMAHAMI ! MACAM MANA SHORT NOTICE MACAM NI ! BETUL KE, KALAU TAK AMBIL DUIT HARI INI, DUIT TU TAK DAPAT NANTI ?
Tanpa Nama berkata…
aah, boleh dikenakan tindakan sekolah tuh buat cara macam tuh.sepatutnya pikir jugak keadaan parents yang berkerja.kalau tak ambik,mereka nak songlap?tak amanah sungguh! adik mas tak dapat lagi ni.dia pun da diberi cuti coz spm sekarang.hope ada la rezeki adik,dapat bantu sikit.
EmpayarUtama berkata…
Hehe hidup ini meriah kan?
liyanazahirah berkata…
ish..lecehnya mcam tu..duit tu kan kerajaan bagi untuk semua pelajar skola..x kanlah pihak skolah x faham kesibukan ibu bapa ..kan kan..