Potong Sebulan Gaji PM Malaysia

Potong Sebulan Gaji PM Malaysia

Dewan Rakyat semalam menolak usul Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk memotong gaji sebulan Perdana Menteri, sebanyak RM22,826.65.

Tian Chua mengemukakan usul tersebut pada Jumaat lalu, atas alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa gagal menyelesaikan banyak masalah terutamanya isu kepincangan ekonomi negara.

Usul tersebut bagaimanapun ditolak wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul berkenaan dibahaskan, bagi mengelakkan didakwa berat sebelah.

“Kalau saya tolak sewenang-wenang mengikut peraturan mesyuarat yang ada seperti kuasa berdasarkan Peraturan Mesyuarat 100, saya akan dituduh bersubahat dengan kerajaan. Pertimbangan saya ialah alasan-alasan dibawa oleh Ahli Parlimen Batu, boleh dibangkitkan pada perbahasan peringkat dasar kerana kini mesyuarat berlangsung pada peringkat jawatankuasa.

“Tapi atas sebab tertentu, saya benarkan usul sepatutnya saya tolak ini untuk dibahaskan dengan had masa,” katanya.

Tian Chua ketika membentangkan hujahnya berkata, tindakan beliau membawa usul tersebut tidak bertujuan memalukan atau menimbulkan kesulitan.

“Pemotongan gaji sebulan ini, cuma simbolik memperingatkan pemegang jawatan tertinggi supaya menjalankan tugas dengan amanah dan telus.

“Penurunan prestasi pelbagai induktor sosioekonomi mutakhir ini, menunjukkan kelembapan pentadbiran Pejabat Perdana Menteri menangani isu-isu negara,”


http://hanifidrus.blogspot.com/2011/11/pensyarah-merogol-pelajar.html



“Usul ini bukan dituju pada peribadi Ahli Parlimen Pekan, tetapi ia disasar kepada pemegang jawatan ketua eksekutif tertinggi negara, bahawa jawatan ini sentiasa dipantau, diteliti agar tugasnya harus dijalankan dengan hemat dan berkesan secara konsisten,” katanya.

Beliau turut membidas sikap Ahli Parlimen BN dan Bebas yang beremosi semasa beliau mengusulkan isu itu.

“Mari kita ketepikan sikap emosi dan persaingan kepartian kerana menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, hutang awam mencatat kadar kenaikan 12.3 peratus iaitu kenaikan RM44.72 bilion dan menjadikan hutang RM407.11 bilion pada 2010,” katanya.

Usul Tian Chua itu mendapat sokongan Ahli Parlimen Jelutung daripada DAP, Jeff Ooi.

Namun dua Ahli Parlimen BN, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah ketika turut serta dalam sesi perbahasan menolak usul tersebut kerana ia berniat memburukkan imej Perdana Menteri.

Usul berkenaan turut ditolak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada sesi penggulungan.

“Bagi pihak kerajaan kita menolak usul dikemukakan Ahli Parlimen Batu, “ katanya.

Nazri berkata, usul dikemukakan itu, merupakan tohmahan dan fitnah terhadap Perdana Menteri

Catat Ulasan

1 Ulasan

hawiz berkata…
bgs gak tu..peringatan..hihi