Kaki Wayang: Review Ombak Rindu

Kaki Wayang: Review Ombak Rindu

Semalam menonton filem kutipan RM4juta iaitu Ombak Rindu bersama isteri aku.
Aku sebenarnya tak minat cerita sedih-sedih ni tapi pompuan tahu-tahu ajer ler..asam garam  kehidupan mereka filem-filem nangis, romantis.

Aku peminat jenis filem ganas, hantu dan thiller. Tapi hal-hal macam ni suami selalu kalah, so malam tadi
aku tonton filem Ombak Rindu!!!
Dan aku nak tengok ramai kata menangis gila tonton cerita ini...samada aku nangis tak..heheheh

Aku kasi 5 bintang!!!! memang best cerita ni.
Berkisar kisah percintaan Haris dan Eza yang ditemukan disebuah sarang pelacuran.. Dan akhirnya mereka jatuh cinta
dan berkahwin dan melalui halangan percintaan rahsia mereka.


Mula-mula tengok sedih gak lihat Eza ( Maya Karin) kena buli ngan Haris ( Aaron).
Sebagai contoh ayat masa Eza tengah pegang kucing:

Haris berkata" Sekarang ni kau pelihara kucing"
Eza jawab" hah!! bosan duduk sorang di rumah"
"Apa nama kucing kau" tanya Haris.
"Comel" jawab Eza lagi.
"Apa lerr...kasi ler nama moden macam Molly, Polly, Jolly ker"
Lebih kurang macam tu ler ayatnya...

Selepas dah sayang-sayaang, datang lak si Mila ( Lisa Surahani), dan bermulalah tragis percintaan  mereka.
Aku hampir nak menangis ( belum nangis yekkkk.. ) bila lihat babak ini...
Bila Haris datang rumah Pak dollah yang nak pergi haji,terjumpa Eza yang begitu lama mereka tak jumpa setelah Haris kahwin dengan Mila.
Memang dahsyat rindu Haris dan ayat power tahap lalak kalau pompuan dengar.
Dan memang aku dengar semua perempuan kat pawagam menangis.
Aku rasa babak tu paling hebat !!

Akhirnya mereka disatukan dengan Mila minta cerai. Aku tak nak cerita detail kang tak best. Yang penting ending happy!!

Kesimpulannya cerita ni memang penuh dengan tangisan air mata, samada kau tahan tak tahan jerrr...
Tapi aku berani jamin, kalau perempuan tengok mesti nangis.
Kalau tak nangis, aku kasi giveaway RM100...ada brannn


Lagi satu yang buat cerita ni best kerana pelakunnya. Maya Karin memang hebat membawa watak perempuan kampung yang taat pada suami.
Manakala Aaron lak awesome sebagai pencinta yang hebat... Kau orang mesti cair punya..
Lisa pula, dengan watak antagonisnya memang menjadi...

Aku memang rekemen kau orang tengok cerita ni..
Kalau lelaki...bawa makwe kau...ada banyak unsur-unsur taat pada suami..kekekeke.

Dan disebabkan nonton wayang malam tadi...aku tak dapat blogwalking...huhuhuh

Catat Ulasan

4 Ulasan

zareliqa afiqa berkata…
Sume orang ckp best!
Belum dapat g tengok lagi.huhu
Abu Bagi berkata…
lima daripada lima? ke sepuluh? wah.. mmg semua orng cakap best.. aku tak tengok lagi..
shahdiana berkata…
best sangat ek..akak pun sangat teringin nak pegi..kena cari orang jadi baby sitter ni..
THE AUTHOR berkata…
5 dari 5 bintang!!!
Bro juga cakap lu jangan tgk...nanti sure nengis leleh punya...hehhehe