No follow Dalam Blogging - Part 1

No follow Dalam Blogging - Part 1

Saya dah banyak menulis tentang post dofollow dan nofollow dalam post-post yang lepas. Disini saya akan terangkan secara detailed:
a) Apa itu  nofollow.
b) Bagaimana membuat "nofollow"
c) Guide line "nofollow" berapa banyak nak buat?
Dalam sesuatu post atau entri, penggunaan "no follow" amat penting untuk menghalang  Google dalam index linkage orang lain ( kalau bahasa SEO panggil backlink) dalam blog kita.
Apa itu "no follow". Ia bermaksud secara ringkas ialah Google atau enjin pencari tidak akan mengira mana-mana link yang mempunyai item "nofollow" sebagai backlink samada jika ia diletak di kawasan internal atau external link. Mesti kurang paham..betul tak?..hehehehehe.

Macam ni ler... sebagai contoh masa Google berjalan-jalan di laman sesawang, ia akan pergi dari satu laman ke satu laman berdasarkan URL yang ada.
Jika ia pergi ke laman anda dan pada masa yang sama ia nampak URL yang berbeza dari URL anda ia akan pergi sana. Dan jika ia "do follow" ( mana-mana link yang belum buat "nofollow" secara automatik dikira "dofollow" ) maka ia akan pergi alamat tu pula.  Kesannya pula anda akan kehilangan pagejuice dari laman anda disebabkan ini. Setiap link yang anda letak anda kena bayar duit minyak kepada Google sebagai kos pengangkutan dia nak jalan ke sana. Lagi banyak anda letak link  lagi banyak anda kena bayar..tapi bayarannya ialah pagejuice anda. Ia akan effect pagerank anda.
Manakala pihak yang Google pergi tu pula, akan mendapat habuan kerana Google jalan-jalan tempat dia....

Sebab tu Google ada kasi alogrtima rel="nofollow". Ertinya setiap kali Google berjalan-jalan di laman anda dan tiba-tiba ia terjumpa URL lain. Ia tak akan terjah ke laman tu kalau ia diletakkan "nofollow"
Dalam bahasa Melayu maksudnya pun "Jangan Ikut". Ia akan stop kat situ ajer dan merayau lagi di laman anda, so potential laman atau entri anda di index lebih baik dan yang paling penting anda tidak kehilangan pagejuice.
Jangan pening kepala fikir benda-benda ini, at least kau orang faham sikit-sikit pun dah cukup...

Sebagai contoh gambarajah kat atas; ....
Dalam blog anda terdapat macam-macam linkage yang menggunakan URL orang lain seperti shoutmix, ping.dom dan lain-lain.
Katakan URL shoutmix anda belum letakkan rel="nofollow" maka Google apabila singgah di URL itu akan pergi ke URL tersebut dan anda akan kehilangan pagejuice atau "minyak" anda.
Tetapi jika lain-lain URL anda letakkan  rel="nofollow"  maka ia akan merayau-rayau di laman anda tanpa terkeluar dari blog anda.

Tapi tidak semua boleh rel="nofollow", sebab kita pun nak backlink maaa....kita pun nak pagejuice...
Atas sebab itu saya selalu menekankan, backlink boleh dilakukan jika kedua-dua pihak bersetuju bertukar URL.
Sebagai contoh, dalam kempen saya mengenai  exchange bloglist.... saya letak blog URL anda dalam blog saya dan sebaliknya.
Maksudnya, kedua-dua pihak Win-Win.
Anda dapat pagejuice dan saya pun dapat pagejuice......
Jom exchange bloglist....hahahahhaha.

Ini lah keterangan asas tentang rel="nofollow" yang jika dibaca oleh pakar-pakar webmaster pasti aku kena kutuk...
Tapi anda fahamkan...Itu dah cukup untuk aku...
Persoalan timbul berapa banyak nak kasi rel="nofollow" ..takkan semua... sebenarnya ada jumlahnya...
Dan bagaimana nak buat rel="nofollow" ----itu saya akan terangkan part 2. ( Ini yang penting)

Catat Ulasan

6 Ulasan

AjeyyKhalid berkata…
yeahh.. nanti terangkan part 2 tu :D
Korn Ahmad berkata…
x paham..
terang pendek sikit boleh?...
cik asam jeruk berkata…
ok2 paham cket2..nak tggu part 2 pulak..hehe.thanks for sharing :)
zareliqa afiqa berkata…
Berusaha untuk paham ni.huhu
THE AUTHOR berkata…
jangan pening...heheheh.
Yang buat kit apening ialah term sahaja...
esok saya keluarkan part 2...OK
THE AUTHOR berkata…
esok akan dibuat entri kedua