Anugerah Juara Lagu Ke-26

Anugerah Juara Lagu Ke-26

Pada hari Ahad ni ialah tarikh Anugerah Juara Lagu Ke 26. Juara lagu TV3 ini adalah acara tahunan yang pasti dinantikan oleh semua peminat muzik seantero Malaysia. Menilai kemampuan mereka penyanyi kesukaan mereka samada hanya gah di  suara rekod atau sememangnya mempunyai bakat suara yang sebenar!!!!

Dan aku sendiri mempunyai pilihan penyanyi kesukaan aku. Setakat ini setelah aku hanya meminati 2 orang penyanyi sahaja..( macam juri ajer..hehehehe).

Pertama Alyah dengan lagu Kisah Hati. Bukan kerana Remy Ishak sebagai model dalam muzik TV nya tetapi suaranya yang mantap. Tak muak didengar dan alunan suaranya yang lantang pehh!! aku terpukau. Tapi anehnya ialah aku tak minat fesyen dia lerrr.... kadang-kadang over exposed terutama minatnya terhadap  corak-corak bunga yang besau-besau....kekekekeke.

Kedua ialah 3 Diva iaitu Shila Amzah, Jaq dan Ning Baizura. Ketiga-tiganya memang mantap. Bukan senang nak nyanyi berduet apatah nak nyanyi 3 orang... Aku sebenarnya peminat Ning Baizura dan apabila lihat gandingan mereka bertiga ni lagi mantap. Cuma aku risau  kat Shila sebab di ableum pandai berlakon masa nyanyi...macam kaku  ajer. Maksudnya persembahan kaku berbanding 2 orang Diva tuuu.

Tapi saingan yang kuat mungkin datang dari Faizal Tahir kerana showmanship dia memang dahsyat, tenaga atau aura dia kita terasa.
Sedetik Lebih susah nak menang sebab kita dah biasa dengar suara meneran Annuar Zain walau pun Jaq nyanyi sodap tapi psikologi dah kalah dah..heheheh
Aizat... emmmm..lirik yang menarik. Potensi ada kerana Juara Lagu ini bukan untuk penyanyi tapi komposer...
Hafiz...mamat ni pun dahsyat gak..

Janganlah kau orang marah lak aku kutuk penyanyi kau orang...heheheheheh
Ni pandangan peribadi ....kekekeke
Apa nak buat aku dah jatuh cinta kat dua buah lagu ini...huuhuu

Apa-apa pun  aku suka Beribu Sesalan dan Kisah Hati...Anda pula bagaimana?
Kenapa ler aku suka lagu-lagu bunga ni...hummmmm

Inilah Senarai Lagu Juara Lagu Ke 23....
1.Kalau Berpacaran (Shohaimi, Ana Raffali dan Altimet)
2.Karma (Faizal Tahir)
3.Penakut (Yuna)
4.Sedetik Lebih (Jacklyn Victor)
5.Awan Nano (Hafiz)
6.Cinta Muka Buku (Najwa Latif)
7.Wanita Seluruh Dunia (Project Pistol)
8.Beribu Sesalan (Ning, Shila dan Jacklyn) - Juara Lagu
9.Kekanda Adinda (Atilia dan Monoloque)
10.Sungai Lui (Aizat)
11.Kisah Hati (Alyah)- Persembahan Terbaik
12.Gadis Semasa (Yuna)

Catat Ulasan

7 Ulasan

Fathiah Hamim berkata…
beribu sesalan wajib menang! hehe

p/s: tak sure la dia kira gelak tuh camne. hehe mungkin gelak yang panjang dan berterusan dikira sekali kot.
LaLa mhdnor berkata…
Lala suka lagu penakut, tp kurg suka penyanyi nya, hehehe
bukan benci taw :P
Ummi Hanie berkata…
haha .. mcm juri dah encik Hanif :)

sy minat lagu Sedetik Lebih tp klu anuar yg nyani je lah.. ini Jac ambil alih , x ori le pulok ...

pilihan kedua , Aizat pun mcm best gak walopun tajuk lagunye agak kepelikan
Nadia berkata…
nad kurang nk tengok tapi layan jerk nanti..:D
Azlan Strider berkata…
susah nak predict sape menang AJL nie..ada beberapa lagu gak yang mempunyai originality dan keunikan tersendiri..hehe..

Regards,
-Strider-
agak masalah berkata…
nanti tengok kat tv ke depan mata bang?
MalizaMah berkata…
sblm ni selalu pg AJL.. sbb dpt tiket free... tahun ni tak ada mood nk pg...
isnin dh mula praktikel...
huhuhu