Kenapa Aku Tak Nak Pakai Ferrari

Kenapa Aku Tak Nak Pakai Ferrari

Sebuah entri yang tak ilmiah dan merehatkan otak diwaktu petang...
Terbaca berita Paris Hilton membeli Ferrari baru....tapi aku tak minat nak beli Ferrari!!
Kenapa Aku tak Nak pakai Ferrari.. walau pun ia adalah harga mampu yang aku beli tapi aku rela pakai jenama Proton.

Pertama, jalan di Malaysia sentiasa jammed. Bila kau beli Ferrari salah satu tujuan kau ialah nak test power tapi jalanraya bandaran sentiasa jammed, Pehh!! leceh bangat.
Lagi satu bila jammed , makan minyak...or course bila aku bawa kereta sport macam ini, riak adalah salah satu tujuan. Kalau aku asik rem minyak waktu jammed habis minyak aku..

Kedua, ialah kalau pakai highway pula, highway Malaysia hanya ada 3 lane sahaja Mana cukup nak tampung kelebaran Ferrari aku dan lagipun Highway Malaysia bukan panjang sangat. Baru nak dapat feeling dah tamat lane highway. Lagipun banyak tol, no meanning aku nak test Ferrari aku.
Lagi satu undang-undang Malaysia kata kelajuan maksima ialah 110km/sejam, apa logiknya aku beli Ferrari kena bawa bawah 110km/sejam...

Ketiga, ialah jalan Malaysia banyak berlubang. Aku tak tahu tempat lain tapi kat Melaka lubang jalan besau gajah. Bayangkan Ferrari aku yang "Lowut" tu masuk lubang...mahu nangis aku!!!  Belum campur rim aku nanti bengkok...... lama-kelamaan kereta kau semua bergegar, bila bawa ajer..bunyi sana bunyi sini. Ni kau bawa Ferrari ini tapi berbunyi sana sini sebab langgar lubang..huhuhuhuh

Keempat, maintenance. Biasanya aku hantau kereta aku kat pakcik belakang rumah aku kalau ada apa-apa hal. Takkan aku nak hantar Ferrari aku kat pakcik pomen tu. Mahu tahap migrain orang tua tu..Mahu tak mahu terpaksa hantar service center kat KL. Mak oiii..jauh tu. Buang masa!!! Duit bukan masalah tapi masa!! Fast action!!

Kelima, tak mesra untuk orang yang chubby macam aku ni. Ada tengok tak berita Paris Hilton yang seksi tu pun terkial-kial nak keluar. Kalau aku yang naik ..emmm memang payah sangat nak keluar...hehehehe

Tu sebab aku setia dengan Proton lama aku. Jangan lah kau orang yang pakai Ferrari ini membangga diri, aku tak heran. Hanya tuan punya Ferrari ajer tahu azabnya pakai Ferrari di Malaysia..
Sebenarnya banyak sebab kau tak yah beli kereta sport ini.... kekekekekeke.

Catat Ulasan

17 Ulasan

Unknown berkata…
hehehe..btoll jgk tue..xyah larh beli ferrari..nur pon nk setia dgn honda civic tue je larhh.. :P
Tanpa Nama berkata…
sokonglah jenama buatan malaysia!!..erkkk, heeee
Unknown berkata…
lagi satu yg tuan blog terlupa ialah mahal sangat. x berbaloi.
Mak Usu berkata…
hahaha.. sokongla barangan buatan malaysia..
Unknown berkata…
he3 .. betul3 .. apix sokong .. kah3 ..
Azlan Strider berkata…
betul2..yang no 3 memang sangat betul..hehe..kalau macam aku yang duk kampung baru nie lagi tak sesuai..bonggol kat mana2..hehehe

Regards,
-Strider-
Hana berkata…
hana minat ferrari. 1 sebab lambang Ferrari tu cool. ke2. ada pintu bleh buka kat atas. ke2 sebab keta sport. Sekadar minat ja xmampu nak beli. kalu orang bg free hana ambik :P

Baru hana teringat hana xcekap n xberani bawa kereta. Ermm keta nie wat hiasan kat depan unah ja lah :)
dya nasir berkata…
btl tu..dya sebenarnye xmint nk beli kete tu.. memang menangis bila jalan teruk.. bialah tengok orang nye ferari..
Tanpa Nama berkata…
hahaha,point yang wat mas rasa nak tergelak sorg2.hahaha

mas mmg tak suka coz payah nanti mak abah nak naik.hahaha
LaLa mhdnor berkata…
hamboi, ferrari u...
hahahah
agak masalah berkata…
incik hanif guna nuff buat downpayment la. xnak pakai xpe. yang baca ni ramai nak pakai haha
S2_Onestar berkata…
pemikiran kita lebih kurang lah..:D
so,just stay abroad:DD
daimpressive berkata…
point pertama itu memang betul. bayangkan bila anda sedang naik kancil atau myvi, jalan jammed, usya belakang ada ferrari terkentut-kentut tak boleh nak laju. mmg tak seswai.
Unknown berkata…
Assalamualaikum..
sy tringin sgt nk beli ferrari sbg hadiah tuk parent sy...
sy ada baca article ni , kalo pasal duit tu mcm x jd masalah tuk cari..
mcm mana nk carik duit byk2.. lewh pm sy x..
Tanpa Nama berkata…
kalau mampu pakai ferari tapi berkira soal minyak maknanya anda masih belum mampu pakai ferari. orang2x super kaya yang memakai kenderaan super sport tidak pernah nak fikir soal minyak. lembu boleh beli tali nak berkira. ramai orang macam ini. lembu boleh beli tali sedozen kurang orang macam ini. saya sendiri adalah golongan pertama juga tidak meminati kereta super sport. hanya sport sahaja kereta biasa pun banyak.

btw. saya pernah potong kereta viva yang bawa melebihi 140km/j di highway. perempuan bawa. kalau mampu pakai kereta super sport tak jadi isu nak bawa max 110 sahaja. tanya mana2x orang yang bawa kereta enjin 3.0 pun penat bawa kalau sekadar 110 sahaja, walau highway tak panjang. not guilty unless u get caught. dah kena snap tu bayar aja saman. orang super kaya tiada nak kisah pasal undang2x 110km/j.

rim bengkok ke, air kurang ke, minyak hitam tidak tukar ke mana nak kisah. kerana bagi mereka money is power. cash is king. ferari adalah kereta pakai buang. 3-5 tahun jual beli baru. kalau masih nak beri alasan makanya anda masih belum mampu nak pakai ferari TITIK