Kereta baru Paris Hilton

Kereta baru Paris Hilton


PARIS dilihat memandu kereta barunya, sebuah Ferrari merah berharga AS$280,000 (RM870,000).
Waris rangkaian hotel Hilton berusia 30 tahun itu dilihat membawa kereta impian itu mengelilingi bandar Los Angeles, semalam. 
Tetapi si jelita 5 kaki 8 inci berambut perang itu dilihat mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.

Dia cuba untuk keluar dari kereta Ferrari dengan anggun tetapi gagal, malah kelihatan dia seolah-olah menunduk hormat.
Apabila berjaya keluar, dia terus berdiri tegak, tenang dan tidak lama selepas itu dilihat sedang berbual di telefon dan membeli- belah.


Awal bulan ini dia cuba untuk tidak dikenali ketika keluar membuat urusan di barat Hollywood dengan memakai rambut palsu berwarna perang, cermin mata hitam dan sebuah topi lebar.

Semalam, dia kelihatan gembira apabila dilihat bersama kereta mewahnya itu.

Sumber yang rapat dengan Paris mendedahkan dia membeli kereta itu sebagai hadiah kepada dirinya sendiri untuk meraikan kemenangan pasukan MotoGPnya yang menang pertandingan antarabangsa di Sepanyol.

Kereta “convertible” dengan hiasan dalam kulit berwarna coklat dan peralatan canggih di dalamnya, mempunyai 460 kuasa kuda.

Waris perempuan itu kini merancang untuk melelong kereta Bentley merah jambunya yang terkenal itu, yang dilengkapi dengan hiasan dalam kristal dan hasil jualan itu akan didermakan.

Sumber berkata, “Oleh kerana kereta itu berwarna merah jambu, besar kemungkinan dia akan menderma untuk kanser payu dara. Neneknya hampir meninggal dunia kerana kanser itu.

“Dia sekarang mencari badan amal yang lain dan mahu memastikan banyak wang dapat disalurkan kepada badan amal itu.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Unknown berkata…
dasyat giler ketenyer.
Aieda Adnan berkata…
'membeli hadiah untuk dirinya'..hahaha
shahdiana berkata…
okaylah tu..dia beli keta baru...keta lama buat sumbangan amal jariah....orang kaya banyak duit bolehlah buat cenggitu kan...
Tanpa Nama berkata…
untung la org bnyak duit.. huhuhu

btw.. nak tnye, mane button follow? tak jumpe =.='
amranaiman berkata…
kete buat g pasar agaknye :P
MalizaMah berkata…
kaya kaya..
bila liza nk pakai erk... huhuhu
Azlan Strider berkata…
wah..gah sungguh dia ngan ferrarinya..hehehe

Regards,
-Strider-