APA ITU WINDOWS LIVE WRITER

APA ITU WINDOWS LIVE WRITER


Window Live Writer


Sebelum aku membebel lebih lanjut, kau boleh klik kat bawah ni download Window Live Writer.

WINDOW LIVE WRITER

 

Apa Itu Window Live Writer

Ianya adalah salah satu alat blogging yang digunakan oleh blogger profesional dalam membuat post termasuk aku..emmmm ( Ini ayat aku translate ke Bahasa Melayu…hehhehe bukan maksud aku pro segannya aku) Maksudnya anda mampu membuat post blog mesra SEO dan aplikasi yang best..

a) Formatting Option Yang Gah ( What You See It What You Get)

Window Live Writer adalah WYSIWYG editor. Ianya adalah alat editor yang paling lengkap saya, Setiap kali anda taip  samada perubahan dalam font, spacing, warna dan image anda boleh preview post melalui option yang disediakan sebelum anda publish post anda.

b) Image Editing

Window Live Writer
Contoh gambar di atas adalah gambar yang boleh diedit menggunakan WLW. Dimana anda boleh meletakkan watermark ( text pada gambar), senget-sengetkan sikit dan aku boleh ubah bulatkan gambar tersebut. Malahan aku telah menggunakan SEO teknik dengan meletakkan alternative image agar mudah dicari oleh pencari engine tanpa perlu buat koding HTML. (Gambar ini diambil oleh aku..hehehehe)

c) Offline Editing

Anda boleh menaip tanpa perlu online internet. Setelah taip anda boleh publishkan terus ke blog kesayangan anda. Sudah semestinya semasa anda sign in anda akan diminta memberi maklumat tentang blog anda dan anda hanya perlu benarkan sahaja.Selain itu anda boleh schedule post atau post draft bila nak postkan blog anda tapi kena biarkan komputer anda online lerr…

d) Plug-In Yang Pelbagai

windows live writer plugin
Terdapat 100 plug-in dalam WLW ini dimana anda boleh letakkan video, muzik , emoticon dan macam-macam lagi. Ia juga ada berkongsi dengan aplikasi seprti Firefox, Picasa, SkyDrive. Kalau nak ilmu SEO anda boleh plug-In Syntax Highligter atau Text Templates.

e) HTML Heading Tag

heading tag
Ini adalah salah satu teknik SEO yang terpenting dimana post anda boleh diaplikasikan Heading Tag 1 –6. Tak perlu memeningkan kepala nak buat heading HTML ini. Heading adalah salah satu pencari enjin jenguk dulu semasa nak index post anda. Jika dilihat setiap sub-title saya menggunakan H4. manakala pada link download WLW saya menggunakan heading 3.

Lain-lain aku malas nak cerita..hehehehe. Ia ada kegunaan lain seperti ping service, boleh handle lebih dari satu blog dan macam-macam lagi.

Maklumat yang lain anda boleh cari menggunakan pakcik aku iaitu Uncle Google…hahahahaha.

Kalau anda mahu saya buat entri bagaimana nak install WLW, saya boleh terangkan . Tapi masa anda nak install anda kena install mak dia iaitu Window Live Messenger dan dalam tu ada WLW. Dan sudah semestinya ada akaun hotmail.. Saya cadangkan anda gunakan benda ni jika anda benar-benar nak membuat post yang dahsyat-dahsyat…

Catat Ulasan

7 Ulasan

dya nasir berkata…
ajar lew cm ne nk download mak dia..hehe
Abu Bagi berkata…
errr ada pulak bnda ni.. sungguh aku outdated.. makan jak aku tahu hahaha..
daimpressive berkata…
powe siot, advanced level, aku blogger cikai je, haah..
bagus2!!!
Cik mama berkata…
klu yg biasa2 jerr cam cik mama ni takyah laa yerr nak gatal upload,,hhehehehehe gurau jerr...
THE AUTHOR berkata…
Iskk jangan cakap macam tu...kalau aku blogger baik punya ..dah PR4..hehehehe.
Ini kongsi ilmu untuk upgrade SEO kita bersama-sama
shahdiana berkata…
sangat menarik...
Unknown berkata…
info menarik ni bro..
pernah dgr pasal mende ni.
tp xtaw download mane??
tq!