Hari ini satu Malaysia sedih kerana kita kehilangan salah seorang bintang veteran tanahair iaitu Latiff Ibrahim. Aku baru tahu semalam dalam pukul 7.00pm masa dengar berita Hot.FM beritahu Latiff Ibrahim meninggal dunia. Kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham agar rohnya bersemadi di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Penyanyi dan pelakon era 1970-an, Abdul Latif Ibrahim atau lebih popular dengan nama Latif Ibrahim, 62, meninggal dunia kira-kira jam 6.06 petang di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini.
Allahyarham yang mencipta populariti menerusi filem "Hapuslah Air Matamu" dan "Dendang Perantau" dan lagu "Nora" dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) sejak Sabtu lalu akibat sakit jantung dan komplikasi penyakit lain seperti kencing manis dan masalah paru-paru.
Anak sulung Allahyarham, Mohd Hazriqk atau Eriq berkata, keadaan bapanya kritikal sepanjang hari dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sehinggalah menghembuskan nafas terakhir.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan esok
4 Ulasan