Facebook Tambah Aplikasi Enemy Graph ( Musuh Kau)

Facebook Tambah Aplikasi Enemy Graph ( Musuh Kau)

Kau tak suka kawan kau..kau boleh letakkan muka dia dan biar satu dunia tengok..pehhhh!!!
Kalau macam ni boyfriend yang dah clash ngan awek dia mesti  kena tempel gambau dia...hahahaha

Facebook menambah satu lagi aplikasi baru, EnemyGraph yang membolehkan pengguna menyenaraikan nama musuh atau orang yang tidak disukai di dalam profil masing-masing.
Malah, pengguna Facebook boleh meletakkan sebarang produk, individu dan syarikat yang tidak disukai dalam senarai tersebut.

Ibu pejabat Facebook di California semalam berkata, EnemyGraph membenarkan penggunanya menambah senarai nama musuh dalam laman profil dan ia boleh dilihat oleh pengguna aplikasi tersebut.
Pencipta aplikasi itu, Dean Terry dari Universiti Texas di Dallas menyifatkan aplikasi tersebut sebagai pencetus masalah dalam dunia sosial media dan menjangkakan Facebook akan mengeluarkannya.

Sebelum ini, tiga juta pengguna Facebook bersetuju untuk penggunaan butang 'Unlike' dalam laman sosial itu, namun ia masih belum diwujudkan.
Terry berkata, EnemyGraph merupakan satu cubaan untuk mentakrifkan hubungan antara pengguna dan entiti lain dalam seluruh graf sosial Facebook.

"Kebanyakan rangkaian sosial cuba menghubungkan pengguna berdasarkan persamaan yang dimiliki, namun ada juga pengguna yang boleh berhubung melalui perkara yang tidak disukai.
"Kami akan memberi masa kepada pengguna dalam tempoh beberapa minggu untuk diuji sebelum aplikasi ini ditutup.
"Kami juga akan memantau rapi terhadap sebarang penyalahgunaan aplikasi ini," katanya.

Catat Ulasan

8 Ulasan

apekinahdotcom berkata…
hai macm2.. tkot de yg salah guna nnt.
Lieza Nordin berkata…
hehhee.. mcm2 ada xlama lagi.. ^^
Unknown berkata…
perghhhh! no komen..
Unknown berkata…
OOOO lepas ni boleh perang fb la pulak..saman menyaman dalam fb pun bole lepas ni kot
Ummi Hanie berkata…
mcm x setuju je dgn benda ni.... hmm
Tanpa Nama berkata…
ntah2 pe lak fb ni kan..
Azlan Strider berkata…
pandangan aku macam app nak declare war jer..hahaha..tapi kita tgk laa nanti macam mana pengguna FB menggunakanya..hahaha

Regards,
-Strider-