Pembedahan Ibuku Selesai

Pembedahan Ibuku Selesai

ibu
Hari ini hari yang penuh dugaan. Ibu aku membuat pembedahan hari ini. Bermula dari pukul 8am dan tamat 2pm. Hampir 6 jam aku dan wife aku tunggu dengan resah.

Dalam pukul 11.30am doktor call terpaksa tambah prosedur baru bedah usus mak aku kerana tumor tu dah melekat di usus. Dalam pukul 2.30pm aku jenguk mak aku. Sedih sangat kerana mulut ibu aku di pasang tiub utk pernafasan. Kata pakar bius mak aku kehilangan darah yang amat banyak.

Doktor cadang kami dan berehat dulu. Dalam pukul 4pm aku tiba dihospital dan ada nurse call g tau mak aku kat ICU. Alamak! Makin berdebar aku rasa. Bergegas aku masuk dan lihat mak aku dikelilingi oleh byk mesin. Hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya aku ketika itu.

 Dan kemudian doktor pakar jumpa aku dan kata tumor mak aku terlalu besar dan ambil masa pembedahan dan atas sebab itu banyak kehilangan darah. Hingga kini 5 liter darah telah digunakan. Doktor pakar tadi pun dah suruh jururawat buka tiub pernafasan mak aku.
Tujuan tiub itu untuk kembangkan paru-paru kerana takut masa pemindahan darah yang terlalu banyak akan menyebabkan paru-paru berair. Aku di arahkan beli beberapa barangan dan esok pagi kena hantar macam pamper, tuala mandi dan lain-lain. Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan ibu saya. Thanks. Dan setelah beberapa bulan pada hari ni aku post 1 entri sahaja..hehehe.

Catat Ulasan

7 Ulasan

Niza Romli berkata…
Alhamdulillah..semoga terus sihat :)
shahdiana berkata…
harap hanif & family terus tabah & ibu hanif cepat sihat hendaknya...berdoa banyak-banyak okay...
Unknown berkata…
alhamdulillah.semoga kesihatan beliau semakin pulih seperti sediakala.banyak2kan berdoa utk kesihatannya.semoga hanif dan famili lebih bersabar dan redha dgn apa yg berlaku..
kak gojes berkata…
semoga ibu cepat sembuh
fieda berkata…
alhamdulillah semoga semuanya berjalan dgn lancar dan selamat..
Unknown berkata…
Semoga dia akan cepat sembuh, aminnnnnnn : )
Unknown berkata…
alhamdulilah..
selesai gak..
semoga beliau beransur pulih..
Amin...
chaiyok2.. :)