Aku Sokong Zed Zaidi

Aku Sokong Zed Zaidi

Zed Zaidi

Satu statement yang berani aku tanggung. Aku menyokong kata-kata Zed Zaidi.
Pertama beliau sendiri merupakan pemimpin SENIMAN yang aku rasa tak salah mempertikaikan anugerah ini. semua tahu SENIMAN adalah untuk artis iaitu artis Malaysia. Dulu bila SENIMAN tak ambil tindakan atau senyap, semua marah. Tapi bila ada pemimpin SENIMAN yang mempertikaikan atau ayat lebih baik memperjuangkan hak artis ramai nak kutuk dia. Lainlah kalau aku yang kata sedemikian. apa hak aku nak pertikaikan anugerah APBH ini.

Kedua, APBH ini adalah untuk mengangkat martabat artis Malaysia. Diulang artis Malaysia!! Walau pun dengar desas desus Aaron hendak memohon warganegara Malaysia. Aku pun pernah buat entri pasal ini. Tapi belum lagi maaa!!! Kalau macam ini lain kali APBH open ajer anugerah ini pada semua artis luar dan dalam negara.
Dah lah dunia artis Malaysia ini kecik dan banyak gossip liar. Ni nak tambah pelakun luar negara seperti Aaron lagi!!  Aku tak marah Aaron, aku suka Aaron. Bini aku lagi suka dia.Tapi bila bab mengiktiraf sesuatu anugerah tu kena buat satu prosedur iaitu Warganegara Malaysia sahaja. Itu pendapat aku.

Ketiga kenapa kau orang smash Zed Zaidi kerana Aaron tu kacak dan berkarisma sebagai pelakun. Aku tak pertikaikan lakunan Aaron malah aku hampir menangis bila nonton Ombak Rindu. serius tapi tak ler malalak-lalak macam perempuan sebelah aku kat panggung tempoh hari...hehehehe.
OPEN YOUR MIND atau keluar dari kotak pemikiran buat seketika.
Betul tak apa kata ZED Zaidi tentag perkara ini.

Lihat sekeliling kita sekarang ini, lagu-lagu popular dominasi oleh Artis Indonesia. Pelakun terbaik dominasi oleh artis Singapura. Lalu artis Malaysia melakut tepi gantang.
Aku bersyukur Juara Lagu TV3 tak iktiraf lagu Indonesia. Kalau tak jangan mimpi Hafiz tu  nak menang.!!!

Aku suka Richard Gere ( romantis cam aku), Aku suka Ungu, Aku suka Deolava( Once), aku suka Aaron,. Tapi bila bab memberi anugerah aku lebih suka pada artis Malaysia!!
Ini sahaja landasan dalam memberi justifikasi usaha artis Malaysia. tapi kalau majlis besar  macam APBH pun di bolot oleh orang luar..lu pikir-piir sendiri  ler...
Takkan nak tunggu Grammy Award lak...kekekekeke

Catat Ulasan

15 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
dasar blog gila glamer...promote sendir
THE AUTHOR berkata…
sudah dijangka oleh aku..hehehhe.
Ini peminat Aaron fanatik!!
Tanpa Nama berkata…
Hanif..saya nak mintak tolong sikit ni..awak tolong sampaikan kat abang zed awak..suruh dia tolong tengok2kan moral artis malaysia kita ni ye..teruk sangat dah saya tengok..zed kan PEMIMPIN...bagitau dia lagi..daripada dia sibuk pasal rezeki orang apakata dia sibukkan diri dia perbetul kan moral artis yang nampak dah hampir x dak langsung pun...peace.. :)
Korn Ahmad berkata…
aku sokong gak... kalo cam tu nk bg ngra luar, npe x calonkan skali artis dr barat... an an an...
MalizaMah berkata…
hmmmm..... terkejut juga aaron menang...
arituarini berkata…
tu la pasal ptt buat hanya utk artis mlysia..

aku pun xpaham anugerah apbh ni..popular pun dpt anugerah..yg kaya trus kaya..rakyat yg miskin dpt apa.jd gila mengundi..anugerah pasal bakat seni aku stuju..mcm juara lagu..anugerah skrin,DLL..
TRAVELOG ATEH berkata…
woo... abg AA. fofular lar sangat. Betul jugak apa yg Zed zaidi tue ckpkan. tp da rezeki AA. nak buat cam mana.
Tanpa Nama berkata…
blog tiga suku.... tak faham apa2 nak selit kat blog ...podah
✿ cik pieQa ✿ berkata…
tertunggu2 bila agaknya sathiya nk menang anugerah bintg pling populr nieh. hais !
Tanpa Nama berkata…
saya sokong anda...
abaikan krtikan manusia yang tak ada adab ini...

tiada nilai-nilai murni...
teratai berkata…
Ingatkan Fara Fauzana yg menang. Tup-tup Aaron yg dpt...semuanya kerana 1 filem ie Ombak Rindu...spt x valid je pemilihan tu!Bukan benci Aaron, malah amat meminatinya (lakonannya lah!) tapi yg Zed Zaidi kata tu ada betulnya!
Tanpa Nama berkata…
wahh ramai anon marah ni..

bagi pandangan mas lak..mas tak marah aaron, dh peminat Malaysia sndri yang suka n undi.tak leh wat pe2.so hero2 Malaysia, bgkit..mantapkan..insyaAllah..

(bukan peminat dua2 pihak)hihi
Tanpa Nama berkata…
tdak boleh slah kn sapa2 jga.. klw zed mw luahkan prsaan pn.. npa nda msa aaron kna kc calon tue.. npa sda dya menang bru mw bising2..... klw sda tahu dya tcalon npa nda bising2... skang mw bising2.... thing positive la.... ckp malaysia sda maju... adduuuiiii... :'(
Unknown berkata…
bagi is, itu undian... razeki masing2... insyaALLAH (^___^)
Unknown berkata…
NAK BUAT MCM MANA KALAU RAKYAT MALAYSIA SENDIRI YG NAK AA MENANG..HUHU..SEPATUTNYA PIHAK ABPBH TAK CALONKAN DIA SBB DIA BUKAN RAKYAT MALAYSIA..MCM TAK ADIL PULAK DEKAT ARTIS MALAYSIA KAN..

TP DH REZEKI AA,NAK KATA APA LAGI..HUHU