Happy Anniversary 10 Years

Happy Anniversary 10 Years

love
Selamat ulang tahun perkahwinan ke 10 buat aku. Sedar tak sedar sudah 10 tahun kami dah kahwin.
Untuk aku ia merupakan stage 1 peringkat perkahwinan kami.
Pelbagai dugaan telah kami lalui samada yang manis atau separuh manis...hehehehee.
Kalau yang separuh manis tu , tu semua salah aku ler. kurang mengerti akan perasaan seorang isteri.
Awal perkahwinan adalah zaman kami mengenali antara satu sama lain.

Bercinta dan berkahwin amat berbeza. Bercinta adalah sesuatu yang indah tetapi setelah berkahwin ianya adalah rahmat.
Kerana disitu ia menguji tanggungjawab antara kami berdua
Kerana disitu ia menguji kesabaran kami berdua.
Kerana disitu ia mengajar kasih sayang yang perlu diasah setiap hari.
Itu keistimewaannya perkahwinan yang aku rasa semua pasangan yang telah berkahwin pasti melalui situasi sebegini.
love

Dalam masa 10 tahun ini kami membentuk kehidupan yang tersendiri. Pengalaman demi pengalaman dibentuk sepanjang perkahwinan ini.
Aku bersyukur selama 10 tahun ini kami dikurniakan 2 cahaya mata yang comel dan nakal.
Aku bersyukur kerana dapat  memenuhi impian pertama kami memiliki rumah sendiri.
Aku bersyukur kerana kewangan yang stabil tapi kadang-kadang terseliuh gak ..hehehehe.
Aku bersyukur  kerana dikurniakan isteri yang amat memahami sikap panas baran aku..hahahaha.
Aku bersyukur kerana ibu  dan ibu mertuaku menyayangi kami... nasib baik bukan seperti ibu mertuaku dalam filem P.Ramlee...kekekeke.

Dan kini kami akan menempuh stage ke 2.. perkahwinan kami.
Terima kasih pada kekasihku Puan Aslinda kerana mencintaiku tanpa belah bahagi... mesti kau orang loya dengar ni..kekekeke)
Terima kasih kerana sudi membaca entri gedik jantan aku ini ...hahahahaha.

Catat Ulasan

5 Ulasan

Izwa Kamaruddin berkata…
Happy Anniversary :)

Semoga terus bersama,berbahagia,bergelak ketawa menangis bersama sehingga ke akhir hayat,amin..
nia berkata…
semoga sentiasa berbahgia ke akhir hayat. amin.
Unknown berkata…
semoga terus menjana kebahagian berumatangga. Sayangilah dgn ikhlas org2 tersayang..
Unknown berkata…
tumpang gembira. moga bahagia selama-lamanya. hanya itu yg mampu diucapkan. kekeke, jga diri msing2 baik2. congrat and happy aniversary! :D