Kesilapan dan Menyampah Dalam APBH KE 25

Kesilapan dan Menyampah Dalam APBH KE 25

APBH ke 25
 Aku rasa keyword paling popular pada hari ini adalah APBH atau Anugerah Popular Berita Harian Ke 25. So aku akan ambil kesempatan buat entri tentang APBH KE 25.
Pertamanya tahniah buat Aaaron Aziz yang telah berjaya mengondol 2 anugerah sebagai Pelakun Filem Lelaki Popular dan Bintang Paling Popular Berita Harian 2011.
Tahniah juga buat Fara Fauzana yang juga mengondol dua anugerah sebagai juruhebah dan pengacara wanita paling popular.
Tahniah buat Ombak Rindu yang aku rasa  merupakan tunjang kemenangan Maya karin sebagai Pelakun Filem Wanita Paling Popular 2011.

Tetapi dalam APBH Ke 25 ini aku rasa terlalu banyak kesilapan yang dilakukan oleh pihak penganjur:
a) Mikropone untuk artis yang mengumumkan pemenang memang sah-sah ada problem. Nak cakap tak jelas..
Walau pun Zizan dah tegur tapi masih tak ada apa-apa pembaikan.
b) Banyak gangguan ketika siaran langsung hingga kehilangan frekuensi banyak kali. Dalam 3 saat, lagi teruk masa last-last nak habis APBH.
c) Pemilihan pakaian Didie tak sesuai terutama pada masa dia pakai gaun lebar dia hinggakan Sharifah  tak boleh nak berdiri sebelahnya. Padahal mesti dah ada rehearsel masa pakai gaun tersebut. Mesti dah tahu masalah akan ujud...!!!
d) Pengacara TV Popular dimenangi oleh Zizan tetiba  si Aznil pula berlari kat pentas  dan kasi pada  Zizan. Macam best ajer si Aznil ini..hehehehe
e) Dato Yusuf Haslam and son's sibuk promosi  filem terbaru mereka padahal  mereka ditugaskan membaca pemenang. Lorat.
f) Topi Wan Maimunah besar sanagt hingga mengganggu tumpuan DJ Dave ketika hendak mengumumkan pemenang.
g) Fizz menang Pelakun TV Popular sampai nangis-nangis, rilex ler kau bukan menang Bintang Popular pun ....hahahahaha
h) Pembukaan oleh pengacara mengarut dengan tema mak Yong  dan membebel terlalu lama hingga membosankan.
i) Menyampah bila Fasha Sandha kata trofi ini untuk yang tercinta. Tahu ler Jejai tu pakwe kau. Tapi jaga ler hati Nora Danish
j) Sambutan Anugerah Khas untuk Dato Sheila Majid kurang meriah malahan semasa Sheila Majid tengah berucap keluar pula lagu suruh stop cakap..Aparaa!!!
Kalau kau dah kasi Anugerah Khas makna ada lebihan masa untuk berucap.
k) Neelofa pakai gaun sapu lantai hingga Ridzuan Hashim terpaksa menunggu beliau naik...
l) Botak ucapkan terima kasih pada heroin-heroin dramanya, paling menyampah bila sebut nama Nabila..tahu ler kau dan Nabila ada "affairs".

Yang bestnya:
a) Lawak Zizan dengan Didie masa buat lakunan Ombak Rindu.memang lawak!!
b) Nyanyian artis-artis keseluruhan memang power terutama Ziana Zain Dan Azlan.
c) Aku paling suka nyanyian Mas Idayu dan gelek Mas Idayu..hemmmm!!!!
d) Melihat Fasha Sandha menang Pelakun TV Paling Popular akhirnya..
e) Suka melihat lakunan semula Maya Karin, Aaron dan Lisa Surahani ..best.
f) Suka lihat rambut Hafiz dah lurus dan tak mengembang lagi macam Negro...hahahaha
g) Ramlah Ram nyanyi lagu Dangdut..yang bestnya nasib baik dia tak gelek macam Mas Idayu...hehehee..lega aku. Kalau tak mahu pengsan aku..

Kesimpulannya APBH KE 25 boleh tahan. Nak kata hebat sangat tak juga ler. Ini berdasarkan standard 25 tahun sepatutnya majlis ini lebih gah lagi dan tidak sepatutnya ada kesilapan yang tak sepatutnya.
Ini semua adalah pendapat aku.
Kalau anda tak setuju aku pun tak boleh cakap apa...hahahahaha.
Semalam aku ada buat satu ulasan yang lengkap tentang APBH Ke 25 dari Pembukaan Hingga Ke Penutup.

Catat Ulasan

19 Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ehem2..nak komen gak.

-aah sistem audio tak bagus sangat.
-didie ofcoz nk mnyerlah dri lain..huhu
-dato yusuf n anak2nya time ni la nk promote.kikiki
-masa part aznil tuh ingat dia perasan dia mng..tejut2..hihi..
-kak wan xleh jauh topi pantai nya.hahah
-fizz xsgka sgt tuh..kiki
-time tuh la fasha nk balas kut?hihi
-aaah time shiela tuh mcm xberpa org prsan sgt.
-bju artis grrr..mcm nk trpecah..
-suka zizan ada..pnyelamat.mmg lyak mng.
-suka tgk ending pun leh thn.cute hazama style biasa je.
SETUJU SANGAT PMBUKAAN..SPOIL mood WAT MAK YONG COZ MAS TAK FAHAM LOGHAT NI.grrr..!!!!
Unknown berkata…
satu lagi , baju najwa latif macam dah umur veteran , aiyak , she's only seventeen , adududu


hehe , pandangan peribadi ,
Azlan Strider berkata…
hhaha..yang paknil tu aku tak paham kenapa dia nak kena naik pentas pastu dia cakap sy serahkan trofi nie kepada anda..ape ABPBH sebelum nie pengacara yang lain tak cukup bagus ker??hehehe

Regards,
-Strider-
THE AUTHOR berkata…
Tak perasan lak tentang Hajwa..kau cakap baru aku terpikir.. budak2 kena pakai baju up to dated...
Tanpa Nama berkata…
TEPAT.... dan @syafiq cakap pun tepat, my seben pun cakap 'najwa ni baju tak sesuai dengan usia'

mulanya tgk biasa2 je, tak ada komen tp lepas my seben yang tak minat dunia artis pun boleh berkata2.. so lagilah i terus berkata2... hehehe
Harun Ar berkata…
Keputusan dewan juri tak dapat diganggu... ??? he he...
Oh ya... lama tak ke sini, rindu rasanya.....
beckhrooy berkata…
x suka opening dia yang memang menyampah, raja azura cakap tak henti2 & x faham sgt kata-katanya.

igtkan aznil salah dgr tme naik atas pentas, tp suka juga dia buat mcm tu, bg trofi kat zizan
THE AUTHOR berkata…
Aku ingat aku sorang jer tak berkenan masa opening yang meleret-leret..rupanya ramai...hehehhe
Diari Maya berkata…
Kite tak sempat tgk opening tu, takleh nk kata apa aar...mencik.
cokelat lady berkata…
Sini takde tibi. Dgr kat Hotfm je, siyes macam kat psar. Nak2 masa opening. Oh mengsampah!

Kasihan NjwaLatif, slalu dpt bju 'buangan'. Tak sesuai.
Korn Ahmad berkata…
xtgk. tq sebab sudi story
dya nasir berkata…
baju didie alias tu memang dya tak berkenan..tp dya suka masa azlan ngn siti ziana zain nyanyi..best giler..mcm berlawan vocal..hahaha
Unknown berkata…
wah2, byk juga komen2 yer..sya tak sempat tgk sampai habis. btw, congrat to aaron sebab berjaya dpt trofi byk. fafau pun sama. hoho, diide tu mmg gaya dia lawak2 kot. (: btw, hope kejadian yg buruk2 laig tak berlaku pada masa yg akn dtg dlm anugerah ni.
Unknown berkata…
pembukaan tu rasa suram.. apalagi untuk saya, memang x faham langsung.. kalo ada trasnlate kan bagus..
time aznil tu berlari naik pentas, woh.. mati2 ingatkan dia tersalah dengar.. ya lah.. dua2 nama ada huruf z.. tapi keseluruhannya, rasanya bolehlah diterima.. tapi rasanya macam ada yang kureng..
fieda berkata…
semua betul..masa paknil lari naik atas pentas tu saya dh tercengang...aduhh...paknil ni salah dengar ke..paling menyampah dgn didie alias la..ntah hape2 la...pangacara takyah la ramai mcm tu...semak jer..
arituarini berkata…
klau tk bg ucapan lama..pengecara jgn la megarut lama2..entah hapa2 pulak tu..

botak dah lupa diri dah..biasa la manusia..cepat ngelam dlm popular..
Unknown berkata…
Hahah..kesilapan f dgn g tu lucu..
Unknown berkata…
Sungguh terperinci entry ni..saya harus buat macam ni jugak lain kali