Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa Kecewa

Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa Kecewa

Mat Harun
Kelakar dengar nama sebenar Aaron tu Mat Haron. Bukannya aku memperkecilkan nama tu tapi as psikologi kalau anda dengar nama Mat Haron pasti kau dah dapat bayangkan rupa orang tu...hehehehe
Tapi Aaron telah menangkis kekecohan yang berlaku baru-baru ini....

Bila bercerita tentang nama ni aku teringat waktu sekolah dulu. Aku dulu masa sekolah Tingkatan Enam, pertama kali aku bercampur kelas dengan perempuan. Aku dulu Sekolah Tinggi Melaka. Di  sekolah aku , dari tingkatan 1 hingga 5 semuanya lelaki. Hanya pelajar tingkatan enam sahaja campur ngan perempuan.

Biasalah lelaki yang terperuk kat sekolah lelaki ini kalau tiba-tiba campur perempuan datanglah meroyannya..kekekeke.
Nak dijadikan cerita  aku dan beberapa kawan lelaki terdengar ada perempuan nama Mira Edora. Wah!! tetiba teringat filem lama Mira Edora. Mesti cantik gila.
So kami pun pergi ke kelas sebelah periksa siapa Mira Edora ni. Bila dah tengok kami pun belah dan ketawa ramai-ramai. Mak aiii!!! Tomboy bro...

Memang nakal juga kami ketika tu , Tapi bukan niat aku nak ketawakan dia. Sumpah tapi ialah zaman muda remaja. Nakal!!!

Kadang-kadang ibu bapa ni kalau kasi nama anak biar jangan gah sangat. Ada kes kat kampung mak aku namanya Melur tapi tak macam Melur pun
Dah lah Jom Baca Interview Dengan Mat Haron ini...hehehheh
KELMARIN hari yang cukup kecoh buat aktor popular Aaron Aziz, 36, apabila sebuah portal hiburan menyiarkan kad pengenalan Singapura yang didakwa miliknya.

Apa yang mengecewakan hero filem Ombak Rindu dan KL Gangster itu, nama yang tertera pada kad pengenalan rekaan sendiri itu tertera nama Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa yang didakwa merupakan nama sebenar Aaron.
Sejak kad pengenalan itu tersebar di Internet, Aaron didakwa menipu para peminatnya dengan menggunakan nama glamor Aaron Aziz.
Persoalannya apakah nama sebenar Aaron?
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Aaron yang kini sedang menjalani penggambaran drama 80 episod berjudul Adam & Hawa terbitan Global Station bagi menghurai persoalan tersebut.

Kosmo!: Sejak bila Aaron tahu kad pengenalan yang menggunakan gambar dan nama Mat Haron Mustapha itu tersebar di Internet?
Aaron: Saya mula dapat tahu pada pukul 4 pagi pada 2 April lalu. Ketika itu isteri saya sedang melayari Internet. Saya memang sangat terkejut sebab gambar yang digunakan adalah wajah saya tetapi nama yang digunakan sememangnya bukan nama saya.

Apa yang bermain pada fikiran Aaron saat pertama kali melihat kad pengenalan tersebut?
Saya fikir apa tujuan orang yang buat kad pengenalan palsu ini. Mulanya saya ingat dia guna kad pengenalan tersebut untuk buat pinjaman bank, tetapi bila lihat nama yang tertera bukan nama saya, saya rasa lega. Kedua, saya rasa memang orang yang buat kad pengenalan itu tiada kerja dan sengaja cari kerja.

Jadi apa nama sebenar Aaron?
Saya rasa ramai sudah tahu nama sebenar saya ialah Aaron Mustapha Aziz bukannya Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa. Saya sekarang dalam proses untuk dapatkan status penduduk tetap di Malaysia, jika tidak percaya, boleh periksa dengan jabatan yang berkaitan tentang nama asli saya ini.
Aaron dituduh menipu peminat apabila kad pengenalan rekaan itu tersebar di Internet, komen?
Saya sedar ramai yang ingat nama Aaron Aziz adalah nama glamor, tetapi itu memang nama sebenar saya. Kalau saya dilahirkan dengan nama lain, saya tetap akan gunakan nama sebenar walaupun apa sahaja bunyi nama itu. Saya tidak menipu peminat dengan nama saya.
Bagi Aaron adakah nama yang komersial dan sedap bunyinya penting buat seorang artis?

Mungkin setiap artis ada sebab tertentu jika mereka menggunakan nama komersial dan bukannya nama sebenar. Apa yang saya lihat mereka mahu privasi diri terjaga. Jika ramai tahu mungkin orang akan guna untuk perkara yang tidak baik seperti membuat pinjaman bank tanpa pengetahuan artis itu. Artis yang sengaja guna nama komersial, bagi saya tidak salah. Ia terpulang kepada diri sendiri jika mereka lebih selesa dan yakin menggunakan nama lain.

Selain nama, dengar cerita Aaron mendapat kontrak bernilai RM11.5 juta setahun untuk menjadi duta sebuah produk minuman. Benarkah?
Tidak benar sama sekali. Saya sekarang menjadi duta produk minuman Drive M7, mana boleh dalam masa yang sama saya menjadi duta produk minuman yang lain. Jika ada, Alhamdulillah, tetapi memang saya tidak pernah menandatangani mana-mana produk minuman yang lain selain Drive M7

Catat Ulasan

5 Ulasan

nur_za berkata…
nakal sunguh kamu ni..memang la kalu nama plik2 tu..orang suka ejek kan..masa kecik2 la
jmpt komen entry bru nur
ceritaladiespurple.blogspot.com/2012/04/zaman-kanak2-tora-datang-lagiyea.html
Tanpa Nama berkata…
melur tapi wangi?
mana tahu mira edora tomboi jadi macam heroin tuh..trus soft..fuhh..

mat haron..hihih
Elih Japahar berkata…
Dah bgtau yg betul, org tak akan silap lg dgn Aaron tu..
P#eoniX berkata…
kalau pikir-pikir balik memang name orang dulu-dulu ade macam-macam..tapi,mane lah tau yang dak tuh nak jadik tomboi plak..heheheh....
Unknown berkata…
Dalam i/card itu nama kita, orng tua bagi apakan daya ya..)