Dan dalam bulan ini Malaysia menyambut pelbagai hari perayaan :
- 1 May- Hari Pekerja
- 5 May - Hari Wesak
- 11 May- Hari UMNO 66 Tahun
- 12 May- Hari Jururawat
- 13 May - Hari Ibu
- 16 May - Hari Guru
- 23 May - Hari Belia
Kalau anda seorang jurugambar, bulan ini memang tak menang tangan kau ...hehehehehehe
Dan aku jangkakan pada bulan May tahun ini juga adalah Hari Pilihanraya Ke 13...
Sibuk menjalankan kempen di merata tempat dan jurugambar sibuk lagi nak ambil keriuhan PRU13 ini..
Dan apabila kita bergembira menyambut hari-hari ini dengan gembira pada masa yang sama dalam bulan ini juga adalah bulan kecelakaan untuk umat islam.
Iaitu pada setiap 15 May- rakyat Palestin memyambut Hari Nakba.
Iaitu sehari selepas pengiktirafan Israel pada 14 May.
Hari Nakba adalah hari dimana Israel menjarah 500 kampung dan bandar Palestine hingga menyebabkan 700,000 rakyat Palestine kehilangan tempat tinggal dan menjadi pelarian.
Dimana bulan May adalah bulan kewujudan bumi Israel yang menjadi duri dalam daging kepada umat islam seluruhnya pada tahun 1948..
Tak perlu aku buat entri ini kerana ramai yang dah buat entri ini --search Hari Nakba
Sedihkan dimana Malaysia sibuk menyambut macam-macam sambutan di bulan May ini tapi pada masa yang sama kita terlupa akan kesedihan mutlak yang berlaku pada bulan May ini.
7 Ulasan
tak sempat dah kalo nak buat bulan may ni...
mintak share yer..
thanks
kecian pada rakyat palestin tu. @_@