Ping.busuk Ialah Pilihan No. Satu Saya

Ping.busuk Ialah Pilihan No. Satu Saya

ping.busuk

Saya pernah beberapa kali membuat entri pasal ping.busuk ini.
Dah terasa macam membodek  lak...hahahahha
Ia sebuah laman dimana semua blogger boleh submit blog mereka di laman ini.

Kelebihan ping.busuk ini sama dengan kebanyakkan ping blog yang lain dimana ia menyiarkan blog-blog yang disubmitkan. Tetapi kelebihan ping.busuk ini mungkin disebabkan traffic yang tinggi dari pembaca blogger Malaysia. Mungkin popularitinya pada pendapat saya No 1 di Malaysia.

Kenapa saya membuat ayat memuji sedemikian. Mungkin dengan memuji sedemikian saya berharap ping.busuk akan menyiarkan satu laman istimewa untuk artikel-artikel saya...hehehe
Sebenarnya pun pada 20.06.2012, ping.busuk telah meletakkan entri saya di laman " Artikel pilihan busuk". Tak perlu saya mewar-warkan sesuatu dengan meminta imbuhan..

Setiap hari saya submit entri saya di ping.busuk dan setiap hari saya tidak pernah merasa menyesal kerana paling minimum traffic yang saya dapat dari ping.busuk ialah 20 traffic.
Tetapi jika dalam hari itu entri anda mendapat traffic yang tinggi anda berpeluang dimasukkan ke dalam "Entri Paling Popular Hari Ini".
Selain itu anda juga berpeluang dipilih oleh admin busuk dalam " Artikel Pilihan Busuk".
Dan akhir sekali terpilih "Artikel Popular Minggu Ini".

Jika anda terpilih dalam mana-mana artikel ini ...traffic anda sudah pasti mencecah 500 traffic ke atas tidak sampai sehari!!! Minimum!!!
Dah lama saya nak buat entri ini..tapi sejak kebelakangan ini agak susah nak terpilih ke artikel pilihan-pilihan ini..heheheheh.
Dulu ada juga terpilih ....duluuuuuu..........
Saingan artikel yang menarik banyak sangat dalam ping.busuk ini..
Sentiasa kena bersaing untuk mendapatkan perhatian pembaca-pembaca!!!
Baru semalam terpilih ke dalam "Artikel Pilihan Busuk"
Dan Wow!!! lihat traffic page saya ialah 800 ke atas tak sampai 24 jam. ( Masa saya submit pukul 10.00pm)
Sifat lelaki Suka Melihat Wanita Cantik.
Baru berpeluang buat entri pasal ini....

Selain itu ping.busuk ini ada memberi aplikasi meletakkan widget entri-entri yang memberi pulangan 2 kali traffic kalau tak silap saya..Kau orang baca sendiri ler...kekekeke
Dimana artikel anda akan terbit di laman-laman blog yang meletakkan widget ini..
So blogger yang meletakkan widget busuk ini secara tak langsung akan promosi blog anda tanpa mereka perlu pergi laman ping.busuk!!!!!

Selain tu juga layout laman ini kemas sangat. Senang nak cari maklumat dari blogger-blogger pilihan anda..

Tapi aku memang tak berkenan betul ler dia letak nama ping.busuk ini ...
Walau pun busuk tapi semua blogger suka kewangian traffic yang dia beri....
Aku selalu juga baca entri dari blogger-blogger lain di ping.busuk ini..
Kalau rajin aku komen dan follow mereka..ikut mood....

Sesiapa yang belum lagi register dengan ping.busuk ..cepat-cepat register!!!
Sebab ia beri pulangan yang baik untuk traffic anda....

Yang lecehnya ia tak auto ping...anda kena pergi sendiri laman ping.busuk...
Klik "Submit Artikel" dan pastekan URL entri anda...
Nak traffic kena buat kerja sikitkan....
 
So kalau admin ping.busuk baca ni..aku benar-benar nakkatakan aku tak nak apa-apa.
Cuma aku mengatakan perkara yang benar sahaja...U the best..
Dan aku juga takkan submit entri ini di ping.busuk....malu ler...kekekeke

Kesimpulannya ialah kalau nak terpilih dalam ruangan khas ping.busuk ini ialah membuat entri yang baik!!
Tak semestinya entri anda akan terpilih  tapi kita kena usaha...usaha....uasaha...
Sebab blogger-blogger sekarang ini memang melampau bagus entri dia orang....
Penat rasanya nak bersaingan buat karangan entri setiap hari....

Catat Ulasan

10 Ulasan

Unknown berkata…
salam kenal jugak dari follower baru. =)
nak try jugak la ping busuk ni.
rAIHan berkata…
betul jugak ya. kdg2 je ping kat sana. pas nie kne rajin lah. hehe.
Tanpa Nama berkata…
tq nnti2 saya nak cuba juga ke ping busuk...
sHaRiNa eLyaNa berkata…
yaka? nak p ping d sana la..sha ping kat guablog ja..
izla berkata…
dulu selalu gak ping entry je ping.busuk ni.
ada lah trafik sikit.
LiLy @ MaMaQiStInA berkata…
member pernah suruh ke ping busuk..tapi tak buat2 lagi..nnt nk cubalah...
Unknown berkata…
lamaaaaaaaaaaa tak berkunjung ke sini... salam kebizian dari teratak siFaqir 'ilmu...
..................................
terima kasih atas kesudian meninggalkan komen (^___^)
..................................
Momo berkata…
macam best je bunyi ping2 ni.. nak try ah nanti..terima kasih atas info..:)
Unknown berkata…
sejak jd blogger ni dah byk kali dah entri jd pilihan busuk. busuk mmg best :)
Korn Ahmad berkata…
oh.. mcm tu ker... sblum ni aku tak tau ape2 pon pesal busuk ni.. ingtkan ape la... tmpt ping rupanya