Ayah Dan Anak Aku |
Pernahkan anda semasa menonton TV dengan khusyuknya pada masa yang sama rakan, saudara asik-asik bertanya soalan tentang movie tersebut. Apakah perasaan anda ketika itu?
Aku dah lali dengan gangguan seperti ini dan orang pertama yang sering mengganggu semasa aku menonton TV ialah mak aku.
Mak aku ni kurang paham bahasa english . So kalau menonton cerita omputih ini sering aku disoal.
"Nip, apa dia cakap"
"Nip, kenapa dia mati"
Untuk gangguan ini, aku masih boleh terima kerana soalan yang dihamburkan jarang-jarang.
Dan kini pengganggu utama aku ialah anak aku.
Semalam aku beli DVD cerita Journey2 : The Mysterious Island
Faham-faham ajerlah cerita sains fiksyen memang tak logik..
Semasa menonton filem tersebut:
Anak aku tanya "Abah apa yang pusing-pusing tu"
Aku jawab "Tornado"
Dia tanya lagi " Apa tornado abah "
Dengan malas aku jawab " Putaran angin yang berpusing dengan kuat"
Tanya lagi " Kalau kena mati tak"
Aku jawab " Boleh mati sebab kena pusing kat dalam tu"
Anak aku tanya lagi" Kenapa orang tu tak mati" sambil menunjukkan filem tersebut.
Aku buat bodoh ajer...malas aku nak jawab soalan tak ilmiah tu...
Anak aku tanya lagi "Abah, kenapa orang tu tak mati"
Ok aku dah benggang dah.!!
Nasib baik umur 5 tahun, kalau kawan aku mahu aku maki kau dengan bahasa baku Melaka aku ini....
Lalu dengan lembut aku jawab "Haziq, tanya kakak boleh tak"
Anak perempuan aku cepat-cepat menjawab " Hanis pun tak tahu, mungkin mama tahu"
Dalam hati aku tersenyum...hhehhehehehe....
Aku meneruskan penipuan aku "Haziq tanya mama, kalau mam tak tahu tanya mak Uda dan kalau mak Uda tak tahu tanya ngan Umi ( nenek )"
Pernah tak kau orang alami masalah berat seperti ini dari kawan, adik atau anak kau.....hehehehehehe
Dan sambungannya cerita tadi, akhir sekali aku picit kepala anak aku dengan geramnya...puas!!!
36 Ulasan
saya?? adik beradik tak der. anak belum lagi. abah mak keja sentiasa. duk umah sowang2. tak pernah ada gangguan. hukhukhukhuk
p/s : anak2 biasalah sifat ingin tahu dia kuat... tu sbb dia byk soal... sesuatu yg normal utk budak2... hehehe
tapi selalu saya cakap, 'mama taktau'.hahhaa
Tapi budak2 macam ni kan..rupanya ramai yang ada pengalaman macam aku ini yekk..hahah
Kes aku lain pulak,beberapa minggu lepas ada orang berminat nak beli barang yang aku jual.Dia tanya macam-macam,sampai 22 email aku reply soalan dia,tapi haram tak beli pun.Buang masa betul.
Al fatihah buat ibundaku..
jom singgah baca entry ramadhan
http://yayabunga.blogspot.com/2012/07/hari-ini-aku-nak-join-segmen-dari-kak.html
tapi selalu saya cakap, 'ibu taktau'.hiihihi malas nak jawab...kalau jawab lagi banyak tanya..
sama lah
cuma sometimes rasa xsampai hati kalau xjawab
hohoh
:-)