HanifIdrus: Google Dah Updated pagerank 2012

HanifIdrus: Google Dah Updated pagerank 2012

Kali ini tentang entri kecewa. Kalau baca ambil feeling baca macam sedih..hehehehehe.
Terlebih dahulu aku nak umumkan Google dah updated pagerank pada bulan ini. Untuk tahun ini dah 2 kali dia updated pagerank.. Dijangka pada bulan November Google akan updated pagerank sekali lagi.

Dan tahun ini sekali lagi aku gagal buat kali kedua untuk naikkan pagerank aku dari PR1 ke PR2.
Aku mendapat PR1 pada bulan November 2011 dan hingga sekarang aku masih lagi gagal.

Entah apa yang aku buat hingga Pak Google malas nak naikkan pagerank aku ini.
Harapan aku memang cukup tinggi untuk mendapatkan pagerank kerana kadar traffic aku setakat ini masih maintain dan naik ke 1000 pageview setiap hari. Unik page pula tak pernah kurang dari 500 Unik.



Komentar lak dari masa ke semasa semakin baik. At least satu hari komen aku ialah 20 minimum.
Dari segi entri lak aku  masih maintain 4 entri sehari dan satu adalah entri tulen.

Backlink pula aku banyak berusaha dengan menukar bloglist bersama rakan-rakan blogger. Malah aku dah buat satu laman khas untuk bloglist aku supaya aku dapat maintain blogwalking aku.

Manakala apa yang Pak Google nak, aku dah buat dari segi meta tag, broken link dan macam-macam. Cuma sejak kebelakangan ini loading time aku agak tinggi kerana aku letakkan gambar yang saiz besar kot. Tapi takkan pasal loading time aku dipersalahkan pula.

Benggang, kecewa tapi tidak berputus asa kerana itulah menariknya tentang SEO, sentiasa memaksa kita  belajar sesuatu yang baru.
Kekecewaan ini aku sampaikan dengan berkabung dengan warna hitam dan tukar layout blog aku. Kononnya aku sangat kecewa ler...hehehehehehe.

Alexa link pula menambahkan duka kepada aku dengan kadar Alexa rank yang semakin merosot dari masa ke semasa. Aku perlu kaji balik apa masalah blog aku ni hingga tak naik-naik.
Memang azam bulan November ini nak dapatkan pagerank2.!!!

Tindakan seterusnya ialah aku akan cuba buat backlink dalam setiap post dengan linkkan post-post aku yang baik ranking dia.
Kemudian setiap entri aku akan letakkan "HanifIdrus" sebelum aku buat tajuk supaya Pak Google dapat mengindeks nama blog aku cepat sikit.
Manakala internal dan external link aku kan kurangkan secara mendadak. Yang tak pakai buang sahaja terutama ping blog yang aku jarang gunakan sejak kebelakangan ini.

Tapi aku tetap bersyukur kerana pagerank inilah aku terus mempunyai sebab berblogging. Kerana pagerank bukan sahaja melibatkan SEO sahaja tetapi traffic dari pengunjung, blogwalking kita dan entri yang wajib dimaintain selalu.

Melalui kecelaruan pagerank inilah aku mendapat sesuatu yang lebih penting iaitu rakan-rakan baru dalam dunia sesawang ini. Itu lebih bernilai.
Tersenyum sendiri apabila membaca komen-komen mereka yang santai dan spontan..

Terima kasih kepada semua kerana komen anda merupakan ubat kekecewaan aku dalam kegagalan pagerank ini.
Sedih tak entri aku ni...hehehehehe

Catat Ulasan

20 Ulasan

Nor Zilla Sensei berkata…
hhaaha.. pak gogle nak bantu kamu supaya lebih berusha lg tu. think +ve yer.
MalizaMah berkata…
bukan mudah kita nak bersaing ni erk.
emmmm
MalizaMah berkata…
bukan mudah kita nak bersaing ni erk.
emmmm
xpe.. usaha lagi.. semoga berjaya :-D
cikeyrah berkata…
usaha lagi . . chayok chayok . .
Korn Ahmad berkata…
SEO, aku x brapa paham lah mende nie... kne tuntut ilmu lagik kalo cenggini... btw, tranformasi blog ni ke kaler hitam, memang smart.. hitam kegemranku.. panggil aku rain... hahaha..
Mummy MM berkata…
walaupun saya x fhm dengn PR1 PR2, tp sya doa'n semoga berjaya naik'n tu suma :)
Unknown berkata…
dasyat la Hanif.mmg betul2 serius dlm berblog nie ek.Fhaz tabik spring kat hanif.semoga segala usaha Hanif akan terbalas.gudluck Bro!!
vendoline berkata…
aku pon tatau nak naikkan cmne..hurmmm lama dah tahap tu je
Hans Hanis berkata…
owh...still maintain jer
tak tahu naik turun benda nih macam mana
hahaha
Unknown berkata…
sya tak paham pasal naik tak naik ni. janji dpt, dpt lah. hehe, ntah apa aku cakap ni.
Tanpa Nama berkata…
usaha lg...try ur best! :)
nursuriani berkata…
chayokkkk!!!!! :)
eyjalukman berkata…
huhu bwk bersabar jelaa . bole usaha lg ! hehe :)
Tanpa Nama berkata…
haha.. :D saya kurang faham la..
tp x apa ..just wish u all da best :D hehe
Pecinta pink^^ berkata…
actually tak bape paham pe benda page rank,seo.alexa segala ni..tapi bila cek PR 1..impressive jugak..hehe.. so,nk tau ape pnting PR eh?Mhon encik hanif buat satu enty bkaitan..hehe
amranaiman berkata…
dgr2 PR bulan 10 ni haha.. xyahla mikir rank sgt bro.. wat xtau je huhu:P
Khairil berkata…
haha.same la dgan saya tak naik2.maybe masalah backlink.tak silap saya kalau PR ni yg plg penting backlink,trafik dia tak kira sangat.
Aimacomel berkata…
baby pun xtau apa benda semua tu.. yg paham, jgn sedih-sedih tau.. semua tu ada je cuma rezeki Allah tu mugkin belum sampai lagi kat kita.. baby doakan yg terbaik utk semuanya :)
Unknown berkata…
usaha lagi... chaiyok!!
PR saya 0 lagi.. hihi!