HanifIdrus:Mesin ATM diletup Di Masjid Tanah Melaka

HanifIdrus:Mesin ATM diletup Di Masjid Tanah Melaka

Semalam aku ada baca berita kat Masjid Tanah, Melaka, mesin ATM kena bom dengan tujuan nak curi duit ATM.
Tah macam mana pula, bom tu terlebih kuat hingga meranapkan bank Rakyat tu.

Dulu kalalu nak curi mesin ATM , ikat rantai besi kat mesin ATM kemudian guna kereta pacuan empat roda tarik sekali mesin ATM ini. Kali ini pakai bom pula.
Advance dan ganas penjenayah Malaysia ini.... aku muskil dari mana dia dapat bom tu yek...
Takkan mercun dia beli banyak-banyak dan kemudian campurkan semua serbuk tu jadikan bom?
Setahu aku Masjid Tanah dekat dengan kem tentera, mungkin dia orang tibai kot dari sana...hehehehe.

Walau apapun , niat tak tercapai..bukan kau tak dapat duit tapi kau musnahkan bank tu sekali..heheheheh
Jom baca berita ini..

Hajat sekumpulan penjenayah merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini semalam gagal apabila bahan letupan yang digunakan gagal memecahkan peti simpanan wang di dalam mesin tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal.
"Perompak memasang sejenis bahan letupan pada sebuah mesin ATM di bank tersebut dengan tujuan untuk merompak wang.
"Bagaimanapun, selepas diletupkan mesin ATM tidak terbuka dan hanya bahagian luar mesin yang rosak teruk," kata beliau dengan memberitahu keempat-empat suspek memakai jaket hitam dan bertopi keledar.
Menurut beliau, akibat letupan kuat, bukan saja mesin ATM tersebut rosak teruk malah sebuah lagi mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) turut rosak

Catat Ulasan

9 Ulasan

teruknya diaorang ni.. nampak sgt bukan perompak professional.. haha
rAIHan berkata…
tak tahu nak kata apa org zaman skg. apa pon kena berhati-hati..
Cikrosecute berkata…
kalau dah letupkan atm tue...rosaklah duit...bodoh betul pencuri..tue..
dya nasir berkata…
teruk btl..nasib baik xdpt duit.haha..perompak2 ni buang masa btl..
Unknown berkata…
macam dah x der keje lain jer diaorang ni nak baut kan... merompak jugak yg diaorg pilih... pastu menyusahkan ramai pihak...
amranaiman berkata…
gilo.. nk sng tp menyusahkan org =_="
Reena Sidek berkata…
huh... nak dpt kan duit bukan senang...
dah ada tulang pat kerat.. pergi lah cari kerja...
Unknown berkata…
dkt dgn kg kot, huhu