Salam Kemerdekaan

Salam Kemerdekaan

Salam satu blogger. Rasanya semua dah mula bekerja. Selamat bekerja....dengan semangat...hehehe.
Tidak lama lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 55.
Pedulikan tentang tema Janji Ditepati dan lagu kemerdekaan tahun ini yang berunsur politik. Pedulikan tema pembangkang sempena kemerdekaan. Yang penting semangat kita sebagai rakyat Malaysia harus ditanam dalam diri kita.
Agak kecewa sedikit tahun ini kemerdekaan kita tercalar dengan sentimen politik.
Kemerdekaan adalah untuk semua, dimana setiap masyarakat majmuk di negara ini dapat menikmati keamanan dan limpahan rezeki di negara tercinta ini.
Ketidakpuasan pasti ujud dalam diri setiap individu rakyat ini, ketepikan semua itu. Jangan kita campur adukkan makna kemerdekaan dengan pendirian kita.
Kemerdekaan bermakna negara tercinta tidak dijajah. Bangsa Malaysia tidak melukut di kaki penjajah asing. Menjadi lembu yang diikat dihidung dan diperah tenaga dengan memberi kuasa kepimpinan negara asing. Itulah kemerdekaan.
DAP,UMNO,PAS,PKR,MIC,MCA adalah nilai yang baik dari segi kemerdekaan. Dimana rakyat Malaysia di atas nama parti berjuang untuk memimpin. Bukannya bangsa negara lain. Itulah salah satu imbuhan kemerdekaan.
Kebebasan berpolitik....
Selain itu pendidikan acuan negara bukannya acuan ikutan negara lain juga merupakan imbuhan kemerdekaan.
Pembangunan negara yang berkembang pesat serta peluang perniagaan yang diberikan kepada warganegara Malaysia juga merupakan imbuhan kemerdekaan.
Lupakan rasuah kerana ianya adalah sikap manusia tidak kena mengena dengan nilai kemerdekaan.
Saya harap semua memahami akan erti kemerdekaan ini. Bila politik dan kemerdekaan dicampur adukkan sebab itulah kurangnya bendera kita dikibarkan.
Sang pembangkang berfikir apabila dikibarkan bendera Malaysia bermakna menyokong kerajaan.
Si penyokong satu lagi, sibuk berfikir survival politik hingga terlupa tarikh keramat. Takut hilang power...hehehe.
Jom kita kibarkan bendera negara!!!!! Tanamkan semangat patriotik kita.

Catat Ulasan

19 Ulasan

Shaiful Zaidi berkata…
Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
Momo berkata…
merdeka!!! tapi... zaman sekarang susah nk tengok org hayati erti kemerdekaan yg sebenar.. tau dok hepi sambut je.. ish2
merdeka utk semua.. mungkin satu kesilapan bila hari merdeka dekat dengan hari pengundian.. bila dah macam ni, inilah yg terjadi merdeka pun nak politik gak.. huhu
Tanpa Nama berkata…
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Saya bangga jadi anak malaysia. *emolah plak
OKje berkata…
Semoga semangat kemerdekaan ini akan tertanam teguh dalam setiap jiwa generasi akan datang!
MalizaMah berkata…
Merdeka beza dgn politik.
Teacher Basariah berkata…
sambut kemerdekaan masih dalam mood hari raya..merdekaraya..hehe
rAIHan berkata…
semangat raya pula dah ye..selamat menyambut hri kemerdekaan ^^
Azlan Strider berkata…
Selamat menjalankan tugas bro..hehehe..bg aku aku isu merdeka tak seharusnya dijadikan platform untuk berpolitik..ini la masa terbaik untuk semua rakyat bersatu atas satu tiket peristiwa iaitu MERDEKA!!!hehehe

Regards,
-Strider-
Niza Romli berkata…
Aihhh..bendera tak pacak lagi ni. Jiran sebelah dah berkibar2 dah bendera dia...waa jeless
nursuriani berkata…
hadoiiiiiiiiii mood raya~ sampai lupaaa laaa kita nak merdeka dah??? hahahah
Unknown berkata…
setuju dengan entri ni. lupakan sejenak tentang politik, mari kita semua berpadu dan melaungkan semangat kemerdekaan
Tanpa Nama berkata…
keja dah semestilah, mood je x yg boleh belah hahaha
haryati berkata…
salam kemerdekaan dan salam aidilfitri hanif...
blog ni berwajah baru ke???
Aimacomel berkata…
salam merdeka,
huhu.. malas nk ambil kisah pasal politik ni. janji tau kita dah merdeka & nak terus pelihara kemerdekaan tu..
Katak Comel berkata…
selamat merdeka..semoga negara kte sntiasa aman dan tida lg rusuhan dan demonstrasi yg berlaku..
Beckhrooy berkata…
patut buat pru cpt2
Dkna Abza berkata…
Salam kemerdekaan ;-)