Bendera Malaysia Yang Baru

Bendera Malaysia Yang Baru

hanifidrus
Pernah dengar tak kecoh tempoh hari semasa sambutan Hari Kemerdekaan telah timbul isu penukaran Jalur Gemilang.
Sebenarnya aku pun tak tahu apa cerita disebalik keluarnya isu berkenaan penukaran bendera ini..

Saya sedih melihat perkembangan politik Malaysia di kala ini. mempolitik agama, mempolitikkan simbol negara dan kelakuan ekstrem yang keterlaluan.
Dalam kes tuntutan menukar bendera Malaysia yang baru apakah rasionalnya.

Adakah selama ini bendera Malaysia merupakan satu propanganda politik oleh pemerintah sekarang.
Kenapa bendera negara ini perlu ditukar, adakah kita akan bergabung dengan Indonesia atau Singapura sehingga perlu menukar bendera negara tercinta kita.
Sebab bendera baru ini sekan-akan gabungan Indonesia dan Singapura...
Bendera sesebuah negara adalah satu tanda simbolik keujudan dan kedaulatan sebuah negara, bukannya mainan politik sewenang-wenangnya.

Dan yang paling bodohnya ada pemuda-pemudi di Malaysia yang menyokong penukaran sedemikan.
Begitu rendahnya tahap patriotik kendiri mereka dan paling meluat mereka gembira  gambar mereka di ambil memegang bendera baru negara dokongan mereka.
Aku rasa kelayakan mereka hanyalah  mampu  menjerit-jerit membawa bendera baru ini bagaikan beruk .
Tapi jika mengharapkan mereka menjadi benteng hadapan jika negara menghadapi pergolakan rasanya mereka orang pertama melarikan diri..
Mereka ini semua buta sejarah dan buta hati!!

Saya menyaran pada pemuda-pemudi Malaysia jangan mencampurkan adukkan politik dengan isu-isu sedemikian.
Politik adalah hak individu sebagai sebuah negara demokrasi.
Tetapi bendera Malaysia jangan dipolitikkan.
Jangan melakukan pengkhianatan ini secara tidak sedar atau sedar.

Ingatlah dalam sesebuah negara yang meghadapi peperangan, perkara pertama yang menjadi lambang kekuatan ialah bendera mereka.
Malah dalam sukan jua, bendera menjadi lambang kekuatan kita.
Itulah simbol kekuatan sesebuah rakyat dan negaranya.

Pemimpin boleh berubah tetapi simbol negara kita tetap kekal.
Bendera hanya boleh ditukar jika negara ini hancur dan dijajah ...
Masa itu kita bolehlah panggil beruk-beruk tu menari membawa bendera baru negara ini...heheheheheh
Adakah kita mahu sedemikian rupa, bak kata pepatah lama cina, sudah dibawa keranda,  baru nak bercucuran air mata!!!!


Catat Ulasan

24 Ulasan

Unknown berkata…
jgn disbbkn bendera negara huru-hara...tlg la pd mrk2 yg btggjwb nih....pkir la baek2 ckit....jgn ikut ati jer nk btindak....
inche hlovate berkata…
ehh dah cntik2 jalur gemilang tu sibuk plak nk tukar2..pasai apa
Unknown berkata…
adoyai!
apa ntah yg diorang fikir mcm tue skali!
Cikrosecute berkata…
Ketinggalan betul....tak tahu pulak...
Unknown berkata…
kebodohan tahap cipan diorg nie.. kadang2 tu rasa..diorg nie lahir kat malaysia ke bukan???elok dibuang kerakyatan..biar padan muka dan jadik iktibar pada semua...
Teacher Basariah berkata…
banyak lagi isu kerosakan dan masalah dalam masyarakat kita yang perlukan perhatian daripada saling bercakaran tentang bendera ni..sedih..
Momo berkata…
macam bendera singapore je.... ape2 tah.... tau nak huru hara negara je...
Mak Lin berkata…
pasal bendera pun nak kecoh kan? entah apa-apa. banyak lagi kerja lain.
haryati berkata…
biasalah suke mengikut....
mizsfatima berkata…
bendera malaysia nak ditukar. knp nak dipolitikkan hal ini. dah cantik2 bendera yg sedia ada ni. dah menjadi identiti malaysia yang utuh.mcm2 la sekarang nie.
Mummy MM berkata…
Mcm pelik semacam jew aku tengok. Nk kata bendera mcm singapura punye tak jugak. nak kata indonesia punye puntak jugak.
MalizaMah berkata…
bendera malaysia pun nk dibesarkan.
THE AUTHOR berkata…
Aku dengar cerita terbaru...
bendera ini zaman masa nak merdeka dulu ...di aorang design bendera ini..
Tah ler..aku dengar ajer..heheheh
BlogS of Hariyanto berkata…
bendera negara itu harus dipertahankan sebagai simbol negara yang agung...tidak boleh-lah dipertukarkan begitu saja :)
Unknown berkata…
agaknya kalau bendera macam ni ditukar, lepas ni pasti akan bertelagah pulak dengan Indonesia.
teratai berkata…
Bendera negara mana boleh tukar, itu kan lambang sesebuah negara yg berdaulat!Dlm peperangan pun, kalau kalah, panji-panji (bendera) negara tetap ditegakkan...ish-isk tak tahu kala betul muda mudi zaman sekarang...yg mereka tahu hanya berkonsert n berhibur, smpaikan tentang lambang kemegahan negara pun nak dibuat main-main!
Unknown berkata…
terkejut lah dengar berita tukar jalur gemilang..dah terbaik pun bendera tu..tenang ja melihatnya..simbol2 lambang semua ok...
Unknown berkata…
tak lawa la bendera yg dorang dok bajet nak tukarkan tu.. buruk bebonar. dah mcm bendera singapura.
Cikrosecute berkata…
sokong gan adik faridah nazurah...
Tanpa Nama berkata…
aku lak...bila komunikasi ngan org luar...bila pakai bendera malaysia kat baju ke..kat icon diri dlm tenet ke..dorang tanye..AMERICAN?
Tanpa Nama berkata…
bodohnye dorg ni nk tukar bendera baru. ape sumbangan korg kt Malaysia ni smpai ade hati nk tukar jalur gemilang kebanggaan rakyat Malaysia. lambang negara bukan sesuatu yg mudah ditukar2 mcm baju. org macam ni la xde otak n pikir untuk kepuasan diri saje.
KtuLuDesiGn's berkata…
hurm..

http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2011/09/bendera-malaysia.html
x9x berkata…
Apa pekdah sidak nak nukar bendera Jalur Gemilang ya..??!! ntah si paloi ne ndak kah mpun idea ya?.. Apalah eh?!..eran eran...