Dunia sekarang ini penggunaan telepon bimbit adalah satu keperluan. Tempoh hari aku terbaca satu artikel dari blogger berkenaan Telepon Awam dah tak popular sekarang ini disebabkan teknologi telefon bimbit semakin berkembang.
Dan kini fenomena telepon bimbit ialah kegilaan menggunakan smartphone iaitu telepon bimbit beraplikasikan sistem android yang mampu surf internet dan aplikasi secara meluas.
Bila berbicara tentang smartphone aku rasa ianya menyusahkan sahaja.
Kena Langgani Internet Line
Wajib!!! Kau kena ada internet baru sesuai pakai smartphone. Member aku cakap kalau kau tak pakai internet ia umpama kau pakai Ferrari tapi pakai kat jalan kampung. Apa guna!!!
Pedas telinga aku. So mahu tak mahu terpaksa langgani internet line...huhuhuhu.
Suka tak suka kau memang kena ada internet line sebab semua aplikasi kena upgraded guna internet.
Gunakan WIFI ler..memang aku pernah cuba tapi melecehkan. Ianya bukan perkhidmatan yang sentiasa ada kalau kau nak pakai....
Tambah mengharukan kau kalau kau pakai prepaid , sebulan mahu kena labur RM48 untuk 750 MB. So kau kena tukar pakai postpaid..huhuhu.
Kalau kau pelajar, apahal!! Mampu ker kau nak bayar duit internet tu...
Masa Mencemburui Kau
Bila kau dah ada smartphone tangan kau asik nak godek ajer hape( bahasa Indonesia)...hehehehe.
Sampai kau kena tegur ngan mak kau sebab mata kau asik kat depan telepon ajer.....
Masa bergaul kau dengan kawan hanyalah FB atau Twitter. Kalau keluar ramai-ramai, semua mengadap hape.
Dan paling teruk, bila masa kau banyak depan hape kau, so kerja-kerja lain seperti nak belajau, rehatkan badan mencemburui kau.
Tah-tah waktu tidur kau pun terganggu...hahahahaha.
Sikap Berhati-Hati
Kena berhati-hati semasa penggunaan.
Kalau terjatuh sure tangkap leleh punya....mahal bro riban-riban.
Kalau hape sendal pintu tu kalau terjatuh kau masih bergelak lagi. Ketawa lihat bateri bersepai sana-sini...kekekekek
Cuba kau jatuhkan smartphone kesayangan kau. Cuba jatuhkan kejap.....
So ia memberi penambahan kerja kepada kau kerana terpaksa "super care" kau punya telepon.
Maklumat Peribadi Terdedah
Maklumat peribadi kau memang cukup terdedah. Sebabnya semua data-data kau boleh sumbat kat smartphone kau tu. Termasuk gambar-gambar kau, nombor-nombor kau dan pelbagai lagi.
So terpaksa ler super care kau punya hape ini....
Kalau hape lama kau, apa nak kau letak...segala aplikasi terhad sangat. Membosankan!!!!!
Saiznya dan Beratnya.
Tak kira ler kau pakai Samsung atau Apple ker , ia tetap lebih berat berbanding hape-hape sendal pintu yang terdapat dipasaran.
Smartphone sememangnya dicipta saiz screen lebih besar kerana senang kau guna jari kau tolak gambar-gambar tu....hehehehe
Bila kau masuk kat poket kau , tergebeh ajer seluar kau sebab ia berat...
Mahu tak mahu terpaksa beli "alat bantuan" untuk bawa smartphone kau seperti beli porch. Kalau pompuan no problem, ada handbag.
Kalau beli I-Pad atau Tab lagi teruk, kau kena ke hulu hilir bawa benda tu macam buku.
Masa belajau pun kau tak bawa buku kau ke hulu hilir....hehehehehehehe.
Baterinya
Kelemahan smartphone ialah baterinya memang cepat lembik. Pendek kata tiap-tiap hari kau kena charging hape kau ini.
Maknanya juga charger kau kena simpan satu kat opis, kat kereta dan sentiasa ada spare charger atau bateri.
Kalau pakai hape sendal pintu, kalau standby boleh pulun sambil 5 hari tak perlu charging. Senang hati kau...
Lagi satu punca utama smartphone ini berat ialah baterinya,. Kalau nak tahan lama kena pakai bateri besaunya.....
Aksesorinya
Aku beritahu kau aksesori atau alat mekap smartphone ini bukannya murah. Disebabkan namanya dah smartphone ia mesti mempunyai aksesori canggih. Sebagai contoh kalau nak pakai external speaker macam tengok wayang pun ada. Tu berapa harganya tu...
Kalau pakai hape sendal pintu, tak yah pening-pening. Paling dahsyat pun beli earphone sahaja....kekekekkekeeke
Blogger Terkenal
Kau fikir kalau kau pakai smartphone kau boleh blogwalking anytime and anyplace. Kau juga boleh updated blog kau apabila ada story. Kalau ada situasi menarik, terus shoot gambar dan hantau ke blog termasyhur kau. So kau akan berpotensi menjadi blogger terkenal..
Itulah konon-kononnya kau beli smartphone ini....
Jangan mimpi disiang hari, kerana ramai blogger terkenal sebelum ini pun tak pakai smartphone jadi terkenal...hehehehehehe
Kesimpulannya ialah walau pun smartphone ini best sangat tapi pengorbanan yang dituntut terlalu tinggi...Ewahhh!!!
Kalau kau bukan games lover atau kaki internet, tak yah pakai.
Sebab kalau setakat nak SMS atau telepon...baik pakai telepon sendal pintu tu ajer....kekekkeke.
Sesiapa yang terpikir nak pakai smartphone, pikir 20 atau 30 kali.....ini nasihat aku.....
Biarkan aku ajer yang pakai...sebab aku dah boleh terima kenyataan ini.....hahahahhaha
22 Ulasan
bil tak akn kurang rm120.. comform punya..
genap setahun, tukar prepaid.. tp tak lah selalu apply on9, malngnya, masalahnya... line plak selalu problem. kena on off data baru line ok...
haizzzz...
Betul tu...kebanyakan bateri smartphone cepat kong...
Dah follow sini...meh le join Giveaway azera ye...TQ
www.azerawati.com
Gangnam Style Boleh Memurtadkan
puas dah pakai prepaid dan henpong tak pintar... nak merasalah juge pakai smartphong... iPhone terbaekk
buat kenyang jak.....
~xminat iphone! :) hehe