HanifIdrus: Tradisi merampas pengantin perempuan

HanifIdrus: Tradisi merampas pengantin perempuan

hanifidrus
Tradisi merampas pengantin perempuan dari majlis perkahwinan untuk dijadikan tebusan semakin mendapat sambutan pada setiap Sabtu di sini.
Tradisi tersebut melibatkan pengantin perempuan dibawa lari oleh rakan-rakannya menuju ke monumen Arch of Triumph yang menjadi lokasi tumpuan pelancongan.
Pengantin perempuan itu dan penculik-penculiknya menari dan bergaya seksi di hadapan kamera.
Wang tebusan untuk kes penculikan olok-olok itu merupakan beberapa botol arak atau sesuatu yang dianggap lebih romantik seperti deklarasi cinta di tempat awam oleh pengantin lelaki.
Seorang pengantin perempuan berusia 25 tahun, Alisar Dragne berkata, penculikannya dirancang dengan teliti.
"Semuanya dirancang rapi. Sebuah kereta limousin menunggu untuk membawa saya di hadapan sebuah restoran di sini. Saya diberikan isyarat supaya meninggalkan pengantin lelaki dan kami pergi ke Arch of Triumph untuk berseronok," kata Dragne.
Menurutnya, tradisi tersebut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan.
Di Romania, ia bermula beberapa tahun lalu apabila seorang bintang bola sepak tempatan menyewa Arch of Triumph untuk melamar teman wanitanya.
Sejak itu, pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan majlis perkahwinan di negara berkenaan lebih meriah termasuk perbuatan menculik pengantin perempuan.
Pada Sabtu lalu, kira-kira 20 pengantin perempuan menjadi tebusan di monumen tersebut yang dibina pada tahun 1922 bagi memperingati askar-askar Romania yang mati ketika Perang Dunia Pertama.
Seorang pengantin perempuan dibawa dengan kereta dari majlis perkahwinannya di sebuah bandar yang terletak sejam dari timur Bucharest.
Seorang lagi pengantin perempuan memegang senjata palsu yang dirampas daripada penculiknya dan berpura-pura untuk menembak di monumen tersebut.
Para penculiknya pula memakai pakaian jubah seperti anggota Taliban di Afghanistan.
Para pengguna kenderaan membunyikan hon, melambaikan tangan dan bersorak ke arah kumpulan pengantin tersebut.
Pihak berkuasa hanya menutup mata dengan tidak mengambil tindakan terhadap parti yang diadakan di monumen tersebut.
Mengadakan parti di monumen tersebut sebenarnya dilarang kerana ia merupakan tempat yang bersejarah

Catat Ulasan

9 Ulasan

Unknown berkata…
Aisey.mcm2 pekara pelik dalam dunia nie yang manusia cipta ek.
SURIA AMANDA berkata…
Pelik plak cara dorang kan...kat negara kita lain...adat la tu kot..lain tempat lain tradisi

cydayf berkata…
hahaha, pun boleh ye, ce buat kat mesia, for sure honeymoon kat lokap..hehehee :D
Unknown berkata…
Erkk! harap2 tak merebak le kat Malaysia ni... tapi kalau kat malaysia rasanya bukan penculikan olok-olok, kemungkinan besar memamg betul2 sebab orang dah malas nak kerja, jadi cari duit dgn jalan mudah merompak, menculik, meraggut ha ha ha sila harap maklong dan paklong >..<
Teacher Basariah berkata…
manusia memang suka benda yang pelik kan?huhu
Unknown berkata…
jgn pulak mende ni djadikan adat dnegara kt lak....
Tanpa Nama berkata…
dah jadi kebiasaan buat diorang kan...ok kot....
Reena Sidek berkata…
pelik... kalau kena culik betul2 baru padan muka...
vendoline berkata…
klau fikir balik..kasar kot bunyi merampas.haha