Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan Yang Penting?

Hari Malaysia atau Hari Kemerdekaan Yang Penting?

hanifidrus
Seminggu lebih lagi kita akan menyambut Hari Pembentukan Malaysia atau ringkasnya Hari Malaysia dan sekarang panggilan popular Hari 1 Malaysia...hehehehe.
Tapi mana yang penting Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia?

Persoalan penting yang susah hendak dijawabkan....hehehehehe.
Pada dasarnya negara hanya menyambut satu sahaja iaitu Hari Kemerdekaan.
Manakala Hari Malaysia sebelum ini pun tidak pernah disambut, ianya hanya menjadi isu apabila pihak pembangkang cuba menukar trend sambutan trend kemerdekaan kepada tarikh 16 Sepember ini. Selain itu juga ujudnya propaganda pembangkang akan mengambil alih tampuk pemerintahan pada 16 September. Ingat tak?
So kerajaan kita yang "berdiplomasi" ini pun menurut kata dan mengumumkan Hari Malaysia adalah cuti umum.
Itulah sejarah sebenarnya ujudnya sambutan Hari Malaysia ini...

Kemudian ujudlah rentetan perbalahan yang mana lebih penting? Ada yang mengatakan Hari Malaysia lebih penting kerana penyatuan Sabah, Sarawak dan Singapura ketika itu. Untuk pengetahuan Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Ianya adalah satu erti kebebasan yang lebih meluas bukan sahaja melibatkan Tanah Melayu tapi Borneo.!!!
Oleh itu sambutan yang benar-benar diiktiraf adalah penyatuan pembebasan Borneo dan Tanah Melayu.

Tapi sekali lagi ujudnya perbalahan kerana pembentukan Malaysia adalah untuk membendung kekuatan komunis ketika itu. Itu adalah rasional pembentukan Malaysia. Hari Malaysia hanyalah satu bentuk gabungan antara negeri-negeri di Borneo dan Tanah Melayu. Bukannya kebebasan kemerdekaan!!
Tanpa kemerdekaan Tanah Melayu maka tidak akan ujudnya Malaysia pada masa sekarang.....hehehehehe.

Dan aku sebagai rakyat Malaysia, ambil jalan mudah iaitu kedua-dua aku sambut...hahahaha.
Nasib baik jarak hari kemerdekaan dan Hari Malaysia hanya 16 hari sahaja.
So tidaklah sukar sangat kita nak sambut kedua-duanya. Bendera di rumah mak aku pun belum turun lagi. Nanti habis Hari Malaysia baru turunkan...kekekekeke

Maksud entri saya disini ialah jika ujudnya perdebatan sebegini, baik kita lupakan. Kerana kedua-dua pihak adalah betul.
Kalau buat perdebatan agung pun kat Astro, sukar nak tentukan siapa pemenangnya.
Malah akan lebih memburukkan keadaan nanti apabila ujudnya sentimen kenegerian Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.

Ini adalah proses  pembentukan Malaysia. Malas aku nak taip panjang2..hehehe
a) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
b) Suruhanjaya Cobbold
c) Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) Pengisytiharaan Malaysia
d) Penentangan Keujudan Malaysia
Kena baca dulu proses ini baru anda faham pembentukan Malaysia.


Dalam pembentukan ini rakyat Sabah dan Sarwak mendapat keistimewaan ( dibentang.13 Mac 1963)
a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
d. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.





Catat Ulasan

10 Ulasan

OKje berkata…
Bagi OKje dua-dua pun penting..... sebabnya dua, dua pun cuti....he...he... walaupun OKje cuti sepanjang tahun!!!
Harun Ar berkata…
Selamat merayakan Hari Malaysia, dan
Selamat merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia
Semoga ke depan tetap gemilang
boni kacak berkata…
tu la.. jangan didebatkan isu ni. lagipun hubungan sabah, sarawak dengan semenanjung memang da sangat2 akrab..
haryati berkata…
selamat menyambut Hari Malaysia!
Tanpa Nama berkata…
wak cuti bila tarikh ni....
Kiko Chris berkata…
dua2 penting untuk disambut...
Azlan Strider berkata…
secara realitinya since hari malaysia nie masih baru ramai yang kurang peka atau sambut dengan sepenuh hati..mungkin gak kurang kempen tentang sambutan hari malaysia..jadi ianya hanyalah satu lagi cuti umum malaysia..tapi bg aku kedua-duanya penting..hehe

Regards,
-Strider-
Reena Sidek berkata…
dua2 tarikh tu penting... dan kedua2 tarikh tu pun di sambut...

sedih bila ada perbalahan macam ni...
Unknown berkata…
Rasa lagi dekat di hati hari Kemerdekaan la, sebab dari zaman sekolah buku teks tekankan betapa susah dan significantnya tarikh 31 Ogos tu.

So hari Malaysia walaupun sama-sama penting, tapi disebabkan penekanan dari media massa ngan elektronik buatkan sambutan tu kurang meriah.
vendoline berkata…
for me both..yg penting kita hargai negara