Menjelang Belanjawan 2013. Harapan AKu..

Menjelang Belanjawan 2013. Harapan AKu..

Belanjawan 2013
Pada 28.09.2012 akan berlangsung belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri kita yang tersayang dan dicintai Datuk Seri Najib.
Ambil tahu juga kerana kami adalah golongan yang terbabit secara langsung dan taklangsung dalam perkara ini.

Dengan taraf hidup sekarang ini yang begitu mencabar sangat. Semua perbelanjaan kini di bahu rakyat, so kita kena ambil tahu apa kebaikan dan keburukan Belanjawan 2013 kali ini.
Terbaca beberapa artikel tentang tuntutan dan harapan beberapa badan NGO seperti CUEPAC yang menuntut 6 tuntutan dari segi bonus dan elaun perumahan.

Harapan aku dalam Belanjawan 2013 ialah mengurang defisit yang aku rasa agak melampau sekarang ini. Dimana konsep dasar fiskal harus diperhalusi lagi agar dapat mengurangkan kadar defisi negara kita ini.
Defisit bermaksud kekurangan hasil pendapatan berbanding dengan perbelanjaan yang diperlukan (berkenaan dengan anggaran belanjawan dan sebagainya). Inilah yang berlaku pada negara Eropah yang mengalami perkaa sebegini. Dimana kos operasi bermakna hasil haruslah setara/lebih dengan perbelanjaan
Dan apa yang aku takutkan dalam mencanang pengurangan defisit ini beban di letakkan di bahu rakyat seperti kita.

Selain itu kadar inflasi iaitu kenaikan dlm tingkat harga umum yg berterusan (harga umum = keseluruhan barangan & pkhdmtn) juga harus dikawal. Wang yang kita perolehi sekarang nilainya semakin kurang berbanding 10 tahun yang lalu. Tapi  gaji tetap sama ajer...hehehehehhehe.
Bagaimanakah tindakan kerajaan untuk menjamin kekalkan kenaikan barang-barang utama yang menyumbang kepada kenaikan barang-barang lain.
Sebagai contoh kenaikan harga minyak menyumbang kenaikan kos pengangkutan dan ia juga akan memberi kesan secara langsung kepada harga barangan lain...
Aku memang dah tak tahan dengan kenaikan harga barangan sekarang ini..huhuhuhuh

Harapan aku sekarang ialah harga rumah haruslah dikawal dan diperbanyakkan rumah-rumah kos sederhana. Kau orang tahu tak di Melaka,harga rumah sekarang dalam RM200,000 ke atas. Bagaimana belia hendak membeli rumah yang sebegitu mahal. Dan jika mampu bagaimana mereka hendak membayar bulanan harga rumah yang tinggi.
Perbanyakkan pembinaan rumah mampu milik untuk rakyat!!!

Harapan aku yang kedua ialah harga kereta kena kurangkan sedikit. Mahal sangat!!!
Selalu keluar paper kata Proton rugi...tapi aku pun hairan kenapa rugi padahal harga kereta Proton ini mahal...
Pada pendapat aku kurangkan harga tapi Proton tetap untung jika kadar jualan meningkat. Mungkin margin keuntungan kurang sedikit kot.
Selepas itu aku syorkan kaji semula harga alat-alat pembinaan Proton ini. Dikilang-kilang Jepun kalau kau semua nak tahu, setiap tiga atau 6 bulan mereka selalu buat Save Cost aktiviti.
Minta kurangkan harga kerana pesaing mereka jual barangan lagi murah!!!
Boleh ler aku tukar kereta baru...hehehehhee

Harapan aku lagi..Wah!!! banyak betul harapan...hehehehehhe.
Peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada belia-belia Malaysia ini. Bagaimanakah dasar kerajaan dalam menarik pelabur ke negara ini. Mungkin memberi kelonggaran dalam beberapa cukai yang fleksibel kepada pelabur kita dan juga pertingkatkan lagi kemudahan infrastruktur negara ini. Yang penting dengan kemasukan pelabur asing ini walau pun memberi sedikit  pulangan cukai kepada kerajaan tapi ia akan memberi impak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia..

Harapan aku juga ialah kelonggaran pendidikan yang murah. Sekarang ini kos pendidikan amat tinggi terutama bidang profesional yang mencecah beratus ribu. Dapat pinjaman PTPTN pula aku rasa mencekik pelajar, bayangkan seorang graduan yang baru keluar dari Universiti. Baru dapat kerja, dah kena bayar PTPTN. Itu hutang tu yang pertama tu..hehehehhe.
Bagaimana pula dia nak bayar duit bulanan kereta Proton yang mahal. Bila nak beli rumah yang mahal!!
Sebab tu ramai belia Malaysia yang bangkrap!!!...

Sebenarnya banyak harapan aku, semua harapan ini ialah mengelakkan negara ini mengalami renjatan ekonomi. Apabila harga semua barangan sentiasa naik, rakyat tertekan...Semuanya kena beli melalui ansuran, nak beli cash tak mampu!!! Kita rakyat Malaysia ialah rakyat penghutang...hahahahhaha
Sebagai contoh  harga rumah jika terlalu mahal, rakyat tak mampu nak membelinya maka percayalah satu hari nanti apabila peratusan rakyat tidak lagi mampu membayar harga rumah. Maka bank-bank pun akan bangkrap kerana tiada aliran wang. dan akhirnya ekonomi musnah!!! Dahsyat imaginasi aku kan...hehehehe. Macam jadi kat Amerika dulu...

Dan harapan terakhir aku ialah RASUAH dan KRONI...cukup-cukuplah menjana rasuah yang berleluasa sekarang ini. Buatlah sesuatu dalam meningkatkan penguatkuasaan yang lebih efisen.
Tapi yang pasti harapan ini pasti takkan termakbul...




Catat Ulasan

14 Ulasan

nursuriani berkata…
harapan saya agar saya dapat posting!!! huhuhuhu.
MISS Z BERCELOTEH berkata…
kat sabah ne pun harga rumah mahal gak.. beli mahal2 tapi keluasan rumah tak setanding dgn harga yg kita ken bayar..

Unknown berkata…
harapan sya, gaji naik sekali lagi... Hahaha
MalizaMah berkata…
pkara yg ditunggu2 ni.. haaaaaaaa
teratai berkata…
Setuju dengan sue pelik...kena postingkan semua graduan yg dah dpt degree! Kesian belajar teruk2 tapi terperuk kat rumah 5-6 bulan!
RaimiSyazwan berkata…
Harapan adalah sesuatu hal yang bisa membuat seseorang tetap hidup, tetap berjuang dan tetap percaya pada keberadaan Tuhannya.
(Zea sarah Edria)
Unknown berkata…
harap baget ni gembirakan rakyat Malaysia. Siapa tak nak jikia ada bonus lebih
Unknown berkata…
setuju kalau harga keta ngan rumah tu dikurangkan......
keta buatan malaysia , tapi rege lebih kurang keta import..... tak membantu rakyat langsung....he3
rege rumah takyah crita ler....
boni kacak berkata…
jangan harapan hanya tinggal harapan je.hehehehe
Betul tu ^^
Kerajaan dan pentadbir2 mainkan peranan yg betul.. jgn banyak berasuah je tak elok,
kesian juga kt rakyat yg kelaparan diluar sana ^^
Aimacomel berkata…
ye betul tu.. banyak harapan rakyat malaysia ni.. masih byk yg belum tertunai lg kan,
Unknown berkata…
harapan aku ialah bangsa Melayu bersatu dan tidak sibuk berpolitik yg memecahbelah dan mengambil balik kuasa ekonomi yg sepatutnya dipegang oleh bumiputera sendiri..
harapan kedua ialah semoga iklan nuff,says dan ads niaga aku diklik berjuta kali..
Terjah sini ==>> Bertuahnya Perempuan Original
wantie berkata…
tengok news semalam. ada yang menjangkakan harga simen, pasi dan besi dijangka akan naik mendadak.

lagi mahallah harga rumah nanti.kat penang ni lagi la. rumah teres harga juta juta. mana mau korek itu duit.
Cikrosecute berkata…
harapan cr...harga barang kasi turun...boleh...