Remy Ishak Kini Single

Remy Ishak Kini Single


ENGGAN mengesahkan mahupun menafikan, tetapi mengakui dirinya sedikit terganggu. Itu jawapan yang diberikan oleh aktres Tiz Zakiah ketika diminta memberikan komen tentang kebenaran dia dan kekasihnya, aktor Remy Ishak kini telah putus cinta.Ia ekoran selepas Remy sendiri mengakui telah mengakhiri hubungan cinta itu di akaun Twitter miliknya pada 20 September lalu (kelmarin).
Remy telah menulis di akuan Twitter miliknya: "The relationship was gone a long time ago, i haven't been involved with anything and everything.
"The best way to end the relationship is to burn the bridge. Glad i did it. No turning back."
Tiz yang dihubungi Kosmo! semalam menegaskan dia enggan memanjangkan cerita cinta mahupun memberi komen mengenai kehidupan peribadinya."Saya tidak mahu komen hal peribadi. Apa yang ditulis Remy di Twitter itu hak dia. Siapa yang baca Twitter dia bacalah, saya tidak mahu komen mengenai tulisannya di Twitter.
"Sebenarnya, saya penat disoal soalan yang sama berulang kali. Jika boleh, saya mahu peminat menumpukan perhatian terhadap kerjaya saya bukannya kisah peribadi," ujarnya.Biarpun begitu, Tiz yang kini sibuk berlakon drama bersiri Cinta Jangan Pergi yang turut menampilkan Remy Ishak mengakui: "Ya, saya mengaku ada terganggu sedikit tetapi saya masih boleh tanganinya dengan baik.
"Drama yang lakonan saya ini (Cinta Jangan Pergi) turut menampilkan Remy tetapi setakat hari ini kami belum ada sebarang babak bersama. Walau apa pun yang terjadi, apabila tiba bab kerja, saya dan Remy akan bersikap profesional," ujar aktres yang popular dengan filem dan drama Nur Kasih itu.Tiz dalam pada itu menafikan hubungan cintanya diganggu orang ketiga. "Mengarutlah, tiada orang ketiga (antara kami)," tegas Tiz. -

Catat Ulasan

16 Ulasan

Unknown berkata…
susah jadi artis nie..>.<
Unknown berkata…
wahhh..(kalo tak suka tiz ng remy)
alaaa..(kalo suka tiz ng remy)

eza? hehehe.. no answer
nursuriani berkata…
pheeewiiiiiiiiiiiiiittt!!! dah singleeeeeeeeeee :)
Unknown berkata…
alaa...saje nk panas line..publisiti

Terjah sini ==>> Premium Beautiful Kena Saman
MalizaMah berkata…
hmmmm ..... agar segalanya baik2 dan dipermudahkan.
Miss Syahbanu berkata…
sblum ni ada gosip diorang bergaduh..sekarang dh sahih berpisah jugak..nasib diorang x kahwin lagi kalau x bercerai jwbnya
boni kacak berkata…
yes!! jom kita ngorat tiz zakiyah ramai2..hehehehe
Unknown berkata…
takde jodoh.... musim artis couple berpisah pulak sekarang nie......
haryati berkata…
takpela takde jodoh...
Cik Bayan berkata…
no comment...i artis ke? hihi
Unknown berkata…
asam garam kehidupan bergelar artist..neway..doakan yg terbaik utk kedua2nya.. :)
RaimiSyazwan berkata…
Harap2 mereka bersabar melalui dugaan hidup ni. Bertemu berpisah, itu dah lumrah alam. Apa2 pun
Raimi Syazwan plk dah lama single ni.. Hahahaha
Unknown berkata…
jgnkan mereka suami isteri pun boleh cerai.
takde jodoh lettew.
siap sedia masuk jarum lepas ni.
haahaha~
vendoline berkata…
ptus sambung putus sambaung..fenin
Cikrosecute berkata…
Biasalah artis....remy dah single ya....