Tema Maal Hijrah 1 Muharram 1434 H (15 November 2012)

Tema Maal Hijrah 1 Muharram 1434 H (15 November 2012)

Assalamualaikum, pada 15 November 2012, bersamaan hari khamis ini kita akan menyambut tahun baru bagi kalendar Islam, bukan kalendar yang sekarang kita ni.
Dan tema tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah".

Ulasan tema si ambil dari Jakim:
1.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat  toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
 
2.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
 
3.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama.  Ia juga bukanlah  duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan berlandaskan ajaran Islam.
 
4.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”juga  memberikan gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk mengorbankan kepentingan individu.
 
5.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  sentiasa memberi contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan keberhasilan negara.
 
6.         Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:
 
hanifidrus
 
Maksudnya:Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
 
7.         “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”  adalah mencontohi pendekatan sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah.  Kebijaksanaan inilah yang amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang

Catat Ulasan

16 Ulasan

Asmar Arafad berkata…
Ya Maal Hijrah, kenape cam sedih jer
Salmi berkata…
Salam Maal Hijrah..
Aimacomel berkata…
Terima kasih utk penerangan ni ang hanif. Skg memahami.
Salam maal hijrah. Moga tahun baru beri sinar yg lebih baik..
Cik Bayan berkata…
Salam maal Hijrah utk Hanif sekeluarga. Dah check Alexa rank belum? Okey tak experiment awak? Klu menjadi saya nak tiru...hihi
TiranaAduka berkata…
selamat tahun baru bro hanif
Tanpa Nama berkata…
Salam Maal Hijrah.
boni kacak berkata…
salam maal hijrah :)
Diari Maya berkata…
Mekasih dgn info yg pjg lebar. Ianya mengingatkn akak ngan doa akhir dan awal thn...
Nik berkata…
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah :)
mari sama2 berubah kepada yg lebih baik :)
Unknown berkata…
selamat menyambut maal hijrah bro......
Jie berkata…
Nice sharing, :) salam maal hijrah :)
Unknown berkata…
Alhamdulillah bertemu kita di tahun baru Islam..semoga azam kali ini ditunaikan olehNya. Amin
Blog Santai berkata…
Salam Maal Hijrah Haniff...
Razif berkata…
salam maal hijrah semua
Daus Redscarz berkata…
Salam Maal Hijrah bro..
wantie berkata…
Semoga negara malaysia aman damai dan hidup bersatu hati. Tak mau ar gaduh gaduh...