Kerja Sekolah Siap!!!!

Kerja Sekolah Siap!!!!

Kajian Tempatan
Salam All Blogger Malaysia!!!!
Akhirnya selama satu minggu isteri aku bertungkus lumus membuat kerja sekolah siap akhirnya.
Aku juga ada membantu dengan mencari sedikit maklumat di internet...hihihihi.

Kerja sekolah kami ialah mengenai kajian tempatan mengenai Rumah-Rumah Tradisional Di Malaysia dan Luar Negara. Tujuh rumah tradisional dan 3 luar negara.

Untuk memudahkan dari segi penyusunan dan image adik ipar aku cadangkan mengguna Powerpoint.
Dan memang terbukti sesuatu research itu lebih cantik divisualkan menggunakan Powerpoint dan saiz fail pun tak besar.

Dan paling penting, isteri aku dah pandai menggunakan Powerpoint. Walau terkial-kial tapi semakin lama semakin bijak aku lihat. Tahniah isteriku.!!! Cayok!!!!

Setelah selesai semua makkumat di masukkan ke dalam Powerpoint tersebut. Kami melihat kajian setebal 43 mukasurat itu terlalu formal.
Sebab kerja sekolah tersebut untuk anak kami darjah 4. Siapa lagi kalau bukan untuk puteri aku Hanis.

So sekali lagi isteri aku menggunakan kepakaran Powerpoint beliau memasukkan image kartun-kartun supaya sesuai dengan standard umur kajian tersebut.

Akhirnya siap dan tugas aku pun bermula. Aktiviti "bookworm" dimulakan. Iaitu membaca sehelai demi sehelai kajian tersebut jika terdapat kesalahan tatabahasa.
Memang terdapat sedikit kesalahan dan kemudian aku print color kajian tersebut.

Dan setelah itu aku pergi hantar kedai untuk binding kajian tersebut. Setelah hampir 8 hari, siap juga projek sekolah anak aku..huhuhuhu.
Tadi isteri aku mengajar anak aku baca tentang kajian tersebut. Kalau cikgu tanya...tak pasal-pasal anak aku tak ler jawab...hihihihi.

Darjah 4 dah dimomokkan kerja sekolah sebegini. Sebab itu budak-budak sekarang advance.
Walau apa pun, perkara termanis apabila siap kerja sekolah anak aku, ialah mendapat ciuman terima kasih darinya.

Luluh jantung aku jap....hilang penat bookworm buku dia, cari kedai binding dia....
Abah sayang kau Hanis!!!!! Tak lupa Haziq gak..hahahaha
Sebelum itu aku ucapkan terima kasih pada adik ipar aku, isteri aku dan tidak dilupakan Pak Google kerana tungkus lumus mencari maklumat.
Kajian Tempatan

Catat Ulasan

23 Ulasan

Cik Nor berkata…
saya dulu guna tulisan tangan jer...buruk sesgt rasanya..haha
Unknown berkata…
untung la anak-anak mak & abahnya tolong menolong..stgh tu sdn bhd je..
Unknown berkata…
Apa yang penting KERJASAMA"..hehhe baguihnya famili nie.bergotong royong siapkan kerja sekolah.
wantie berkata…
alamak. rasanya lepas ni anak eden pun kena wat semua ni. lagi 2 tahun je dia nah darjah 4.

desktop yg dok nak beli tu, rasanya memang kena beli la jugak jugak.
Moga Hanis berjaya. Moga scrap book tu dapat hire mark. bukan senang satu family dok susah payah siapkan tu.
Mummy MM berkata…
Hahaha.. Ingatkan Abang Hanif sekolah lagi (^_^)
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI,
Untunglah bebudak sekarang...selain pelbagai kemudahan yg ada, ibu bapa pun memberi bantuan. Awak dulu....semua buat sendiri. Komputer! huh...tak pernah pegang hinggalah masuk U baru dpt guna, belum mampu beli lagi tu.
Bagaimanalah agaknya jika aku dilahirkan sekarang....Hmmm
Unknown berkata…
penat pun hilang kan bila anak bagi ciuman tanda terima kasih..

Sukma berkata…
zaman saya dulu sekolah takder kerja sekolah macam nie...zaman sekarang advance....banyak idea nak dimuatkan dalam book scrapt..
Unknown berkata…
adik husna search google kemain..haha..
Tanpa Nama berkata…
tu la dia anak2 sekarang..pendek kata mesin printer kena siap satu kat rumah,ada2 je nak di print,d fotostat..sampaikan muka surat dalam buku teks pun kena copy pas tu lekat dalam buku kerja..kalau macam, ni kena mohon printer dan mesin binding 1 Malaysia pulak la..hehehehe..
Unknown berkata…
Apa yang penting.. kerjasamaaa :D
Unknown berkata…
Aii ni kerja kursus utk mak bapak ni..bukan utk murid..susahnya...zaman sy dulu xder pulak benda ni...mgkin zaman tu xder internet lagi..
Unknown berkata…
sekarang macam2 dah ye... dulu xdepun camni... zaman dah berubah (^___^)
inche hlovate berkata…
untung nya dapat ayah yg rajin haa..time sy dulu buat sendri je..ayah tolong belikan buku je hihi
amirofie berkata…
Excellent. Gunakan segala kepakaran untuk hasil yang terbaik.
Unknown berkata…
bapa mithali
mcm tu la kan...parents harus membimbing n concern tentang pelajaran anak2
bertuah klo semua perents begini
aah..budak2 sekarang advance pakai komputer...bagus
Unknown berkata…
alo bro.
pa kabo?
bagus teladan yang ditunjuk...
Carlos Santiago berkata…
seorg papa yg blogger.
Unknown berkata…
Alahai tuan..... ingat tuan seorang guru. Rupanya untuk anak. Syabas, salah satu ciri yang disarankan dalam Sarana Ibubapa.
Tanpa Nama berkata…
zaman sekolah mas suka wat powerpoint n folio2 ni..bersemangat,sampai wat benda tuh dulu dari keje sekolah..usaha tuh lebih puas hati dpat a..hoyeh2..now zaman adik, mas sendiri excited nak buatkan..hihi
Unknown berkata…
best nya...bro ngan isteri turut membantu...tapi betul...asignment budak2 sekolah sekarang dah advance...... kalau dulu pakai tulis jer.....
MyFreeMinded berkata…
hehehe... the best moment ever...
OKje berkata…
Ngelatlah kalau cam tu...hehe siap pakai power point lagi...
Patut masukkanlah bini sekali gambau tu