Mc Donald Beef Mc Pepper

Mc Donald Beef Mc Pepper

 Beef Mc Pepper
Salam Satu Blogger. Hari Khamis minggu lepas aku pekena burger baru Mc Donald Beef Mc Pepper. Dia ada dua jenis iaitu yang double dan single beef.
Aku macam biasa akan pilih yang double dan bini aku yang single.

Sebab tu tempoh hari aku nak makan Burger Bakar, bini aku bising-bising sebab aku baru makan burger Mc Donald pada hari Khamis dan hari Jumaat nak pekena lak burger bakar..hehhehehe.
Apa yang dapat aku katakan tentang Beef Mc Pepper ini ialah kepedasannya memanglah pedas.

Aku sebagai penggemar pedas pun tercungap-cungap menahan kepedasan Beef Mc Pepper ini. Orang rumah aku yang tak tahan pedas, mulutnya asik tenganga kesengetan..hehehehehe.
Sesiapa yang meminati burger pedas Mc Donald boleh lah mencuba Beef Mc Pepper ini.

Dijamin bibir anda akan kepanasan  dan lidah anda akan  merasai nikmat daging lembu  dihancurkan perlahan-lahan di celah-celah gigi sambil diadun oleh black pepper...yummmy....yummm.

Itulah pengalaman aku makan Beef Mc Pepper ini. Gambar tak sempat nak ambil sebab tangan penuh dengan makanan. Yalah nak memegang double beef sambil kedua-dua tangan menahan burger tu dari terkeluar...hehehehehe.

Selamat mencuba!!!
Beef Mc Pepper

Catat Ulasan

12 Ulasan

Unknown berkata…
xsuka la,pedas sangat.
hehe ..
lapo pulok ni :D
MalizaMah berkata…
hanif, yg hadiah hanif bg tu yg dr melaka tu ea????
mama3heroo berkata…
da try..sedap jugak la..rasa dia lbh kurang cm prosperity buger yg slalu kuar time chinese new year tu ..hee
Unknown berkata…
pdas sgt2 ke..terliur plk tengok..huhu
Unknown berkata…
Ohho...boleh panas perut akibat terlalu pedass
kisah si dairy berkata…
Nak ajak jglah husband try yg nie..lom berkesempatan nak mncuba lgi :)
Blog Santai berkata…
mesti tak lawan burger prosperity yang menjadi my all time favorite..rasa pepper dia menyengat!!!
wantie berkata…
hari sabtu lepas nak order yang ni la kat MC D tesco. tetiba dorang cakap dah habis. kalau idak boleh la main pekup pekup mulut & pipi macam HI. hahahaha

memang melatop!
Aimacomel berkata…
selalu lepak mcD tapi tak pernah try beef ni, sedap tak?
MyFreeMinded berkata…
Double cheese.. lama tak pekena McD..
Unknown berkata…
tetap suka properity burger........
OKje berkata…
Nep Lu tak takut ke keluarkan entry mc Donald ni? Kang ada yg marah!huhu