Traffic Sesat Dan Halal

Traffic Sesat Dan Halal

Traffik
Salam satu blogger. Hari ini nak bercerita tentang traffic blog kita.
Jika kita search di laman sesawang begitu banyak artikel berkaitan bagaimana meninggikan trafik anda.

Pelbagai teknik yang diajar sehinggakan sesetengah blogger menjadi keliru. Hinggakan apabila keliru, mereka mula membuat trafik sesat...hihihihi.
Dalam dunia blogging ini sebenarnya terdapat 2 jenis trafik. Trafik sesat dan halal...hahhahahaha.
Suka hati aku ajer nak kasi term traffic ini yek...

Trafik sesat ini ialah apabila sesuatu trafik yang diberi secara auto. Dimana anda perlu mendaftar di syarikat aplikasi yang membuat trafik auto dan masukkan URL blog anda.

Hintnya anda perlu mengutip kredit untuk dapatkan auto trafik anda dengan cara yang ditetapkan oleh pihak aplikai tersebut.

Bermulalah peningkatan trafik anda yang mengagumkan. Jika anda daftar lebih banyak aplikasi auto trafik ini maka trafik anda lagi mencanak  tinggi.

Syarikat yang menjalankan trafik sesat ini ialah seperti GlobalAuto, Autosurf, Trafficauto, Alexabooster dan macam-macam lagi.

Tapi apakah nilai blog anda. Dah namanya trafik sesat so tak der nilai ler. Cuma mengaburi mata pihak ramai pageview anda tinggi.

Malah lebih teruk, Pak Google akan anggap blog anda blog spam serta meninggikan bounce rate anda. Tetapi baik untuk Alexa anda..kikikiki.

Manakala trafik halal pula memerlukan usaha. Saya hanya percaya terdapat  dua cara sahaja dapat tinggikan trafik anda. Iaitu:
a) Blogwalking- trafik dan komen rakan-rakan blogger
b) Keyword entri.-utk dapatkan trafik dari carian enjin

Kalau kedua-duanya anda rajin maka trafik anda akan melonjak naik. Bahkan jumlah komen setiap entri pasti bertambah!!!

Teknik-teknik lain yang digembar- gembur seperti loading time, templates kemas, entri kualiti semuanya merupakan pemangkin trafik anda.

Disiplinkan diri anda dengan dua cara ni dahulu. Setelah maintain baru fikirkan yang lain.
Kalau yang dua cara  ni pun anda tak boleh buat terutama blogwalking. Jangan mimpilah nak trafik tinggi. Dua cara ni adalah asas blogging.

Itu semua secara perlahan anda buat. Yang penting.....blogwalking......blogwalking...blogwalking.......keyword.

Kesimpulannya apa yang anda baca beratus-ratus artikel tentang trafik blog ianya menjurus kepada 2 perkara blogwalking dan komen serta keyword yang baik.
Konsep trafik pula terbahagi dua iaitu sesat atau halal...hihihihi.
Senangkan nak capai trafik yang tinggi!!!!

Untuk pengetahuan, semasa saya mula-mula berblogging. ..trafik sesat ni aku sering dilakukan. Budak baru belajar...nak dapatkan hasil yang cepat!!!!

Akhirnya kesedaran sampai juga apabila melihat stat pageview aku penuh dengan trafik sesat. Tiada trafik unik..huhuhuhu.
Penghujung 2010 aku dah tak buat lagi...
Anda mahu trafik sesat atau halal...Itu pilihan anda!!!

Catat Ulasan

28 Ulasan

Cik Nor berkata…
trafic halal..:)
Unknown berkata…
semuanya memerlukan usaha, tenaga n masa..huhuhu

yumida klo reti buat trafik sesat sure nak buat jgk..kikiki..apakan daya...mmg x reti

so..berbw pun kayuh slow2..xpe...siput sentiasa follow kat belakang..biar lambat..asal sampai ke destinasi

masih dlm usaha mempelajari keyword

Unknown berkata…
yup, tapi kalau nak blogwalking ikut mood jgk hehehhe
Unknown berkata…
Xdapek nak blogwalking 2,3minggu ni kot sebab masalah internet.. mujur blog ni ringan.. terima kasih bagi tip berguna...sy nak TRAFFIC HALAL..∩__∩
Unknown berkata…
trafik sesat..macam syok sendiri la..org xdatang..kita perasan org datang jengah..eh betul ke ni =)
THE AUTHOR berkata…
Hahaha..sebenarnya konsep trafik haram dan halal ni aku permudahkan pemahaman sahaja.

Tapi saya harap anda semua faham.....
inche hlovate berkata…
betul tu..kalo kita tak bw memang kurang la pengunjung..
Tanpa Nama berkata…
betul jugak tu kan?kekadang nk BW memang susah bila ada halangan internet slow...kathy seboleh mungkin nak juga BW blog rakan2 lain..
Unknown berkata…
hehe suke la entry ni. simple tp tercapai mksdnya. iaitu bukan senang nak senang hihi. boleh ke ? betul2 bw lah, pasti ms dpn blog cerah XD
Unknown berkata…
remy rasa...remy punya halal kut....he3......
Bin Muhammad berkata…
Salam Tuan HI...Entri yg menarik!
Trafik halal pastinya trafik dari pembaca setia, rakan blogwalking dan seseorang yg mahukan sesuatu yg berguna dari blog anda hasil dari carian dari enjin carian.

Tapi trafik yang tersesat atau haram ini juga adakalanya akan menjadi halal jika blog anda berkualiti dan menarik hingga membuatkan mereka terlekat lalu menjadi pembaca setia.

Bagi saya, Tiada salahnya menarik pembaca secara trafik halal atau haram. Yang penting bagi seorang blogger adalah menghasilkan entri yang berkualiti dan sentiasa menambah baik penampilan.

Sampai di satu tahap...Dengan kualiti yg anda ada, populariti itu akan datang dengan sendirinya...Insyaallah.
Mawardi yunus berkata…
wow... cukupla dengan trafik halal.. hehehe baru best berblogging kan
Bunda_nora berkata…
bunda dah blur dah, apa pun terima kasih berkongsi.
afzalsukasuki berkata…
aku malas dah fikir pasal trafik,sekarang ni pon rasa tak sempat je nak hapdet blog n bw isk3
kena buat trafik halal yea.
trafik sesat ni kira jadi bahaya untuk blog kita.
terima kasih tips ini..
Cikda berkata…
salam kenal hanif,

ok..cikda dah faha, dah.. hahah..maklumla masih bertatih. akan cuba pelan2.. gigih gitu.. selalu bw je.. nak komen tak reti, member soh komen baru pandai nk mengomen..akekeke..
haryati berkata…
perkongsian yg baik dr hanif....
Carlos Santiago berkata…
traffic halal. tapi JAKIM taknak iktiraf.
wantie berkata…
wahai trafic sesat. kembali la ko ke pangkal jalan. selagi masa masih ada. ahaksssss...
Azlan Strider berkata…
Btul tu tuan..yang a tu paling saya suka..insyallah kalau kita rajin kunjung blog orang mesti orang akan balas semula kunjungan..kalau tak semua pun mesti ade 70% yg akan datang balik..hehe

Regards,
-Strider-
Unknown berkata…
husna ada perasan bnyak jgak yg dok guna traffic sesat nih..husna still x pndai lg bab2 traffic nih so guna traffic halal je laa..hehe..
Mazni Azmi berkata…
Salam tuan,

Tq atas tips berblogging ni. Ada halal haram ya. ingatkan makanan, insurans takaful dan muamalat je ada halal haram.

Rupa rupanya pengunjung blog pun ada haram ni. Hehe

Unknown berkata…
tq Hanif..ada rupanya halal dan haram..
Aimacomel berkata…
Trafik sesat. Sy xpernah tau cara nk dptkanya. Elok pun xtau :)
Thnks abg hanif
Cik Fie berkata…
trafik halal :)
Unknown berkata…
Saya faham tentang blogwalking..tapi keyword entry tu macam mana pulak?

www.illyanalyn.blogspot.com