David Karp Umur 26 Tahun Sudah Jadi Billionair

David Karp Umur 26 Tahun Sudah Jadi Billionair

David Karp

Muka macam bodoh ajer, rupanya pandai dan genius..hehehehhhe. Biar tak hensem tapi banyak duit sure awek beratur panjang..hahahahhaa.
Walau bagaimanpun mamat ini kit aboleh jadikan sebagai contoh idola anak-anak muda kerana ia sentiasa berusaha untuk maju.

Seorang pemuda berusia 26 tahun, David Karp bakal menjadi bilionair apabila syarikat Yahoo! bersetuju untuk membeli laman rangkaian sosial ciptaannya, Tumblr pada harga AS$1.1 bilion (RM3.31 bilion).
David Karp

Karp yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tumblr dijangka mengekalkan sebahagian besar kawalannya ke atas syarikatnya itu selepas penjualan tersebut berlaku. Pemuda yang berasal dari New York itu sebelum ini merupakan pelajar sekolah tinggi yang tercicir. Karp mula mempelajari kod komputer semasa dia berumur 11 tahun.

Dia mencipta laman tersebut di sebuah unit apartmen kecil milik ibunya pada tahun 2007. Sebelum ini, laman tersebut dianggarkan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion). Karp tinggal di sebuah apartmen yang sederhana bersama kekasihnya, Rachel Eakley yang merupakan seorang lulusan universiti dan chef. Dia kemudian berpindah ke sebuah apartmen mewah bernilai AS$1.6 juta (RM4.82 juta) di Williamsburg, Brooklyn.

Syarikat Yahoo! turut mendedahkan tentang urus niaga itu menerusi ketuanya, Marrisa Mayer semalam. Pada minggu lalu, kedua-dua buah syarikat itu mengesahkan spekulasi berhubung wujudnya perikatan melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, Tumblr dibenarkan untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat yang bebas selepas penjualan tersebut. "Tumblr merupakan rangkaian media yang berkembang dengan pesat di dunia. "Ia memberikan sesuatu yang bermakna kepada para pengguna Yahoo!," kata Mayer.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Izzat Eshak berkata…
Muda2 dah jadi billionair =)
Mazni Azmi berkata…
Wow, pakcik kayo
dilla.d berkata…
ohhh david karp
Unknown berkata…
UNTUNG LAH kan..
Aimacomel berkata…
cepat2 awek tolong berbaris panjang isi borang dulu eh =) hehehhe
Tengkubutang berkata…
ho.. muda lagi pencipta Tumblr ni yea.. hemm.. dasyatt.. umo 26 dh kayo rayoo..
wantie berkata…
aduhai...kayo kayo kayo...
razif berkata…
Bijak menggunakan kelebihan ... salam bro haniff lama tk singgah sini
Eldy Voon berkata…
bukan semua org sampai umur 60 boleh tulis tumblr from scratch.. taniah KARP!
OKje berkata…
Tulahkan...dah namanya pun rezeki...bertuahlah badan hang Karp