Enggan beri laluan kepada ambulans didenda

Enggan beri laluan kepada ambulans didenda

ambulans
Seorang lelaki yang memandu kereta Honda biru dan enggan memberikan laluan kepada ambulans sudah disaman polis trafik selepas imej kenderaannya dirakam di kamera.

Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, berkata dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen West Coast GRC, Arthur Fong bahawa pemandu terbabit telah didenda Sg$160 (RM384) dan ditolak empat markah merit dalam rekod pemanduannya.

Tindakan pemandu kereta Honda itu dirakam dalam video kerana enggan memberi laluan kepada ambulans walaupun siren kenderaan terbabit berbunyi kuat sambil lampu merahnya menyala-nyala. Video dirakam pada 14 Mac itu dimuat naik ke laman YouTube pada keesokan harinya. Ia menjadi sensasi di Internet.

Dalam video berkenaan, kereta Honda biru itu berada di lorong kanan di depan ambulans berkenaan. Walaupun kedua-dua kenderaan itu melalui Lebuhraya Pan-Island, kereta terbabit masih berada di depan ambulans itu dan enggan memberikan laluan.

Tidak lama selepas itu, pemandu ambulans berkenaan mengubah haluan ke lorong kiri. Dia kemudian menurunkan kaca tingkap dan memberikan gerak isyarat kepada pemandu kereta terbabit sebelum memecut.

Catat Ulasan

11 Ulasan

Unknown berkata…
pentingkan diri sendiri...padan muka...kan dah kena saman.....
Sukma berkata…
kat malaysia nie kalau bomba lalu pun sama susah nak beri laluan kepada kenderaan dalam kecemasan.....
Mazni Azmi berkata…
Memang tiada had untuk pentingkan diri. Kereta besar dengan ego besar
Mazni Azmi berkata…
Memang tiada had untuk pentingkan diri. Kereta besar dengan ego besar
wantie berkata…
kalau orang malaysia tak gini HI. orang malaysia baik hati sangat. asal dengar je bunyi ambulan cepat cepat beri laluan.

Tapi org malaysia ni lagi best tau. bila ambulan tengah laju, laju jugak kenderaan kat belakang mengekori.

sekali tengok mcm yg dalam ambulan tu sedara mara dorang... hahahaha..


wantie berkata…
tapi kan. HI, dulu kita penah accident ngan kereta yang pemandunya bekerja sebagai pemandu ambulan.

akibat selalu sangat orang bagi laluan kat dia, sampai dia lupa yang that day dia bawa kereta sendiri. so, main redah je la. last bergesel ngan kereta kawan kita.

dia boleh sound kawan kita yg dia memang pemandu yg cekap sebab dia pemandu ambulan.. kat situ juga kita ketawa tau...

asyik sangat org dok bagi laluan sampai lupa nak bagi laluan kat orang lain.kan...kan..
Tanpa Nama berkata…
melampau betul..kalaulah ahli keluarga dia yang berada dalam ambulans tu amacam pulak perasaan pemandu honda tu ye?
Hazmin Hamudin berkata…
Dekat mana ni? SIngapore ke? Dengan ambulans pun nak main-main. Apa la.
kucing comel berkata…
nanti sampai masa dia baru dia tahu...

admin blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
Unknown berkata…
Saya dgr bunyi je terus bergegas ke tepi..
OKje berkata…
Kot drivernya pekak hehe